Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 28, 2010

KAKI BODEK DAN KURANG AJAR - KSN 1MALAYSIA

KSN MEMALUKAN KAKITANGAN AWAM
Oleh: WFAUZDIN NS

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan seringkali melaungkan agar semua kakitangan awam bekerja dengan penuh integriti dan profesional. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan beliau sendiri mengajar dan menunjukkan contoh yang `kurang ajar' dan `biadab'.

Di dalam isu perlantikan Datuk Khusrin, Pengarah JAIS ke jawatan SUK Negeri Selangor berkuatkuasa 01 Jan 2011, KSN sendiri membelakangkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipilih oleh rakyat. Bayangkan jika pejabat MB sendiri tidak tahu menahu tentang perlantikan itu kerana tidak dimaklumkan lebih awal, jauh sekali untuk dibincangkan. Di mana sikap hormat menghormati yang ingin dibuat contoh kepada semua kakitangan awam? Di mana integriti dan tahap profesional beliau?

Jawatan itu bukan jawatan Budak Pejabat atau Penghantar Surat. Jawatan SUK adalah jawatan terpenting di dalam pentadbiran sesebuah kerajaan dan ia mestilah dibuat secara profesional. Susah sangatkah untuk menulis surat memaklumkan perlantikan itu lebih awal tanpa tergesa-tergesa, atau sukar sangatkah untuk MB Selangor dibawa berbincang? Atau, ada agenda lain yang telah diatur untuk memporak-porandakan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor?

Jika inilah sikap KSN, ianya amat memalukan kakitangan awam yang lain. Kita amat bersetuju dengan tindakan MB Selangor untuk mengadap Istana Selangor bagi memaklumkan sikap `tidak beradab' KSN dan Kerajaan Pusat ini. Kedaulatan rakyat Selangor yang telah memilih kerajaan mereka selepas PRU ke 12 yang lalu mesti dipertahankan. Jangan izinkan Selangor dipersenda dan dipermainkan oleh mereka termasuk Pegawai Kakitangan Awam yang tidak sudah-sudah mengampu ini.

Datuk Khusrin sememangnya amat `kontroversi' di Selangor dan dilihat sebagai ejen Umno sewaktu berkhidmat di JAIS. Kini, dinaikkan pangkat kerana jasanya di JAIS selama ini. Mungkin dengan kenaikan pangkat ini membolehkan beliau mempertingkatkan lagi usahanya mempercepatkan kejatuhan Kerajaan PR Selangor. Rakyat Selangor pasti menolak orang seperti ini

5 comments:

KSN PR said...

Dia ni memang kaki bodek nak mampus.

Dulu paksa ktangan awam pakai batik tuk tolong bisnes paklah dan hendun. tp peraturan ktangan kerajaan tkleh terlibat bisnes. Tolong bisnes org takpe, mahu cari duit tk boleh.

Then cuepecs minta bonus pm mcm tk setuju masa tu, tiba2 dia lak lebih2 nasihat ceupec jgn minta dan terimakasih dgn saguhati. bodek lagi.

tp masa dpt bonus sonyap je, pulangkan la semula pada najib.

dasar kaki bodek nk mapus, cepatla berambus n pencen.

menyusahkan ktangan awam je jin tua sekor ni....

Anonymous said...

Mengucap la... kenapa kita suka mengata orang???? Undang-undang Islam dah tukar kot!!! tak berdosa...

Anonymous said...

Tak dapat.... kalau dah dapat... sonyap... same aje...

Anonymous said...

Blog melambangkan Parti Islam... tapi banyak unsur-unsur fitnah dan mengata orang.... apa dah jadi????? Tanggung la dosa.... Tak lama Tuhan akan membalasnya... InsyAllah... Tunggu dah lihat...

zul_neem said...

assalamualaikum

Adalah lebih baik kita mengucapkan terimakasih keatas blog yang mempaparkan kebenaran berdasarkan fakta-fakta yang bernas dan membuka minda untuk bertindak kearah yang makruf dan menghalang yang mungkar.Apatah lagi media percetakan dan elektronik yang dikuasai kerajan(BN) tidak memberi ruang baik lagi adil kepada pihak pembangkang(Pakatan Rakyat) untuk mempertahankan diri dan membuat penjelasan kepada rakyat demi memdapat laporan yang betul dan tidak berunsurkan fitnah.Kita berserah kepada Allah untuk menjatuhkan hukuman kepada pihak yang berkenaan(yang seringkali melapurkan berita-berita fitnah).Yang penting sekali ialah apabila kita menilai sesuatu berita hendaklah kita memperolehi dari sumber yang betul.Sikap menuduh perlu mempunyai bukti-bukti yang kukuh dan boleh dipakai untuk pendakwaan dan pembelaan.Jika tidak fitnah akan terjadi dan membawa kepada kemurkaan Allah swt dan hukumannya akan berlaku.