Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, January 1, 2011

LANTIKLAH ORANG YANG BERKUALITI DENGAN MERIT

SHAH ALAM 31 DIS: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengutamakan merit dalam memilih Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menerusi mekanisma yang digariskan, tegas Exco Kerajaan Negeri Selangor Rodziah Ismail.

Justeru tidak timbul asas politik dalam aspek pemilihan yang melibatkan individu penting dalam pentadbiran sesebuah negeri.

"Ada tatacara yang digunapakai untuk perlantikan, maksudnya sebelum perlantikan ada mekanisma untuk memilih calon. Itu yang kerajaan Selangor buat.

"Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan pilih kasih, kita mengamalkan merit. Siapa yang terbaik, mereka lah yang sepatutnya diiktiraf," jelas beliau lagi ketika ditemubual oleh TV Selangor hari ini di sini.

Rodziah yang juga ADUN Batu Tiga berkata pegawai kerajaan perlu diberi pengiktirafan dari sudut kebolehan dan kemampuan untuk memimpin selain kerjasama baik di kalangan penjawat awam lain di negeri itu.

Tambah beliau kerajaan Selangor tidak pernah mempertikai soal peribadi namun kredibiliti menjadi keutamaan seraya mengetengahkan calon individu yang paling layak memegang jawatan tersebut.

Kerajaan Selangor telah mula mencari calon SUK baru selepas selesai Sidang DUN Selangor justeru kata Rodziah tiada isu senarai nama calon lambat dihantar memandangkan Datuk Ramli akan melepaskan jawatan itu secara rasmi pada bulan Mac 2011.

"Kita sebagai kerajaan telah pun bersedia untuk mencari pengganti dan kita tidak terlalu lewat. Tidak sampai tiga bulan kita sudah ada calon. Sebab kita tahu dari sudut pentadbiran perlu ada pengalihan yang licin semasa pengalihan itu dilakukan," kata Rodziah.

No comments: