Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 28, 2010

PERASUAH JADI PENGERUSI FELDA BUKTI BN/UMNO DAH PUPUS KEPIMPINAN YANG BERSIH!

Pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru adalah sesuatu yang menjijikkan dan tidak wajar serta mencemar institusi Felda sendiri.Bahkan lantikan seorang perasuah yang dah kaya-raya dan dah berumur memang menghina misi dan impian Kerajaan BN nak tolak rasuah. BN/UMNO memang sah dah pupus calon dan pemimpin yang bermaruah. Tan Sri Isa Samad yang juga bekas Naib Presiden UmNo pernah digantung keahlian berikutan kes rasuah.

Pada pagi 24 Jun 2005, Panel Lembaga Disiplin UmNo yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail telah menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun kepada Naib Presiden UmNo, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas LIMA(5) pertuduhan daripada 9 pertuduhan asal rasuah. Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UmNo pada pemilihan September tahun 2004.

Hukuman tersebut kemudiannya dikurangkan kepada hanya tiga tahun.

Layakkah seorang yang pernah terlibat dengan rasuah menyandang jawatan Pengerusi Felda? Tambahan pula hukuman yang diberikan adalah berdasarkan undang-undang UmNo. Kalaupun dia telah dihukum, ianya adalah berdasarkan undang-undang UmNo. Justru itu ia bebas dan bersih dari sudut perundangan UmNo bukannya berdasarkan undang-undang negara. Maka beliau hanya layak memegang jawatan dalam UmNo BUKAN jawatan Pengerusi Felda. UMNO memang dah korup.

No comments: