Rahsia kerajaan Selangor akan mudah diperguna dimana mana. dikedai kopi. Kalau dulu SUK lama alhamdulillah sedikit demi sedikit telah dibukakan hatinya dengan kebenaran dari Pakatan Rakyat dan kini Najib tidak sanggup menggunakannya dan beliau mahu seseorang yang keras dan zalim di kedudukan SUK Selangor.
Inilah situasi yang rakyat Malaysia dan apatah lagi rakyat Selangor khususnya tentang perancangan kotor yang dimainkan BN/UMNO melalui pegawai yang akan menjadi trojan dalam kerajaan Negeri selangor PR.
Sungguh hebat permainan UMNO dengan senang sahaja kerajaaan pakatan rakyat akan cuba ditumbangkan diselangor sebelum pru yang akan datang. Kununnya tanpa perlu bersusah payah dengan berkempen umno boleh merampas negeri selangor dari dalam sebagaimana mereka merampas perak dari pakatan rakyat. segala tindakan melanggar undang undang tak ada dalam kamus umno. mereka boleh buat apa saja di Malaysia. Undang2 boleh dipinda dan dilanggar selagi boleh walaupun dipertikaikan oleh rakyat malaysia. apa saja halal buat umno asalkan dapat memerintah Malaysia. kerajaan selangor perlu lebih mengawasi tindakan khusrin. kalau tak menjaga dengan betul mangkuk ni bermakna selangor akan kembali ke pangkuan umno celaka.
Pengarah Jais Dilantik Sebagai SUK Selangor
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.
Mohammed Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Dis, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut Mohd Sidek, Mohd Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.
Ramli, yang sebelum ini menjadi Datuk Bandar Shah Alam dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun.
Tempat Mohammed Khusrin di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.
Pelantikan Mohammed Khusrin dan Marzuki telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Mohd Sidek. - BERNAMA
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
khursin ni patut jawatan JAIS pun ditendang....
ni tetiba pulak nak lantik jawatan yang lagi tinggi?...
Mintak MB Selangor kunci pintu dan beri arahan pada Pak Guard jangan bagi Khursin masuk langsung dalam bangunan SUK Selangor....
tak ingat apa yang berlaku kat Perak?.
Apasal kerajaan PR tak buat jawatan pendua macam BN buat, ada JKKK diadakan JKP .Kalau YDP majlis takdapat Kerajaan PR kuasai, kita lantik YDP kita sendiri atau KSU orang BN tak dapat kita ganti, kita buat urusan dengan KSU negeri yang kita lantik sahaja bior diorang raser.
Post a Comment