SEREMBAN 27 DIS : Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad enggan mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini bahawa beliau akan dilantik sebagai pengerusi Felda yang baru.
Ketika dihubungi Bernama hari ini, katanya setakat ini beliau belum menerima apa-apa makluman mengenainya dan hanya mengetahuinya menerusi laporan akhbar tersebut.
Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik sumber, Mohd Isa bakal mengambil alih jawatan tersebut daripada Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang akan tamat kontrak pada 31 Disember ini.
Laporan itu menyebut pengumuman mengenai pelantikan rasmi Mohd Isa akan dibuat dalam tempoh terdekat ini.
Mohd Isa, 61, menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004.
Beliau juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO.
Mohd Isa kini merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang setelah memenangi pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Oktober 2009.
-BERNAMA
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment