Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, November 30, 2010

RM9.6JUTA UNTUK FM SELANGOR


Lembaga Zakat Selangor serah bantuan RM9.6 juta

SHAH ALAM, 27 Nov – Seramai 27,872 anak fakir miskin(FM) di seluruh negeri Selangor menerima bantuan kewangan berjumlah lebih RM9.6 juta dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi persiapan persekolahan awal tahun depan, lapor Bernama.

Ketua Jabatan Pembangunan Korporat LZS, Akhtar Sahari berkata daripada jumlah itu, 1,298 adalah pelajar tadika yang menerima bantuan berjumlah RM200 setiap seorang, 13,807 pelajar sekolah kebangsaan sebanyak RM250 seorang dan 12,767 pelajar sekolah menengah sebanyak RM350 seorang.

“Bantuan persekolahan ini diberikan setiap tahun bagi meringankan bebanan asnaf fakir dan miskin,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Program bantuan persekolahan anak-anak fakir miskin yang melibatkan 31 program di seluruh Selangor bermula 23 Nov lepas dan akan berakhir pada 13 Dis depan.

Pada tahun lepas, sebanyak RM5.7 juta diperuntukkan bagi membantu 15,464 anak fakir miskin di Selangor.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Begitu seronok,gembira dan sayu dari pihak pemberi zakat keatas zakat yang mereka berikan telah sampai kepada asnaf yang digariskan oleh Islam.Dan bertambah azam dan bersemangat untuk mengeluarkan zakat demi kecintaan kepada Allah dan rasul serta keatas orang-orang yang amat memerlukan.Maju Selangor Terbela Rakyat.