Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, November 30, 2010

APA KEJUTAN BN SELEPAS INI?

Tempohari Tg Adnan janji nak buat kejuatan dalam konvensyen BN . Ketika ditanya apakah kejutan itu? beliau tidak mahu menyatakan dengan alasan ia tidak lagi jadi kejutan. Kadang kadang sesuatu yang dikatakan kejutan itu bukan kejutan pun... saja nak bagi orang terkejut apabila orang terkejut kerana yang dikatakan kejutan itu bukan kejutan...memang le terkejut sebab bersedia nak terkejut.

Tiba-tiba 1Malaysia terkejut bekas Ketua Menteri Pulau Pinang meninggal dunia dan anggota BN dan wartawan dikejutkan dengan keputusan Konvensyen BN ditangguhkan.
Semua majlis berkaitan sempena konvensyen itu termasuk majlis makan malam dan sesi pertemuan Datuk Seri Najib Razak, selaku perdana menteri dan pengerusi BN, dengan pemimpin-pemimpin komponennya Sabtu ini juga dibatalkan.
BN akan mengadakan konvensyen dan program berkaitan pada 4 dan 5 Disember.

Dengar citer terdapat cadangan Pindaan perlembagaan yang dikatakan yang akan dibuat oleh BN yang dijangka dan pastinya menguntungkan bukan Islam dan bukan melayu kerana mereka adalah sasaran pujukan umNO. Bangsa bukan melayu tak sama dengan perangai melayu umNO. Melayu umNO diberitakan adalah jenis lembu cucuk hidung dan punggung yang ikut apa sahaja kehendak tuan... di tarik ke sawah ia membajak dan bile tua disembelih buat lauk ia tunduk...

Kejutan ke 3 pula pada 2010/11/27 di mana Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang sepatutnya diadakan Isnin ini, ditangguhkan kepada 6 Disember, kata Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.

Katanya, ini berikutan penangguhan konvensyen Barisan Nasional (BN) daripada esok kepada 5 Disember sebagai menghormati kematian bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu.

No comments: