Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, November 30, 2010

EH! MACAM KEMPEN PRODUK POS JER !

Pelik ! Takkan bank tak boleh halusi pemindahan yang berlaku dan mengesan penipuan cek tersebut. Takkan denga POS berdaftar masalah boleh selesai. Lepaihni kut-kut pos berdaftar akan hilang atau dibuka oleh orang yang pakar buka surat. Yang Teman tahu semasa berkerja sementara di POS Malaysia tahun 80an sebagai pekerja sementara musim kad raya ada maklumat SB-SB khas yang boleh periksa surat-surat penting atau disyaki secara random dengan kepakaran buka surat dan baca kandungan untuk siasatan dan tutup dan gam dengan kemas sekali.

Elak cek dicuri dengan menggunakan pos berdaftar

Monday, 29 November 2010 | Ruangan: Berita
KUALA LUMPUR, 29 Nov - Masyarakat khususnya di sekitar Lembah Klang, dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pos berdaftar bagi mengirim cek berikutan wujud sindiket mencuri dan menunaikan cek tersebut di atas nama pihak lain.

Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Michael Chong berkata pihaknya menerima lima aduan kes sedemikian bagi tempoh empat bulan sejak Ogos lepas, membabitkan kerugian RM50,300.

“Mereka akan menukar nama pada cek tersebut kepada satu syarikat lain serta amaun pada cek itu.

“Mereka sangat licik kerana berjaya menukarkan segala maklumat di atas cek tersebut tanpa meninggalkan sebarang kesan sehingga diluluskan tanpa curiga oleh bank,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata tiga daripada lima aduan itu melibatkan cek yang dihantar menggunakan perkhidmatan pos biasa, manakala dua lagi dicuri daripada pejabat mangsa.

Chong berkata sindiket itu juga dipercayai menyemak jumlah simpanan dalam akaun mangsa sebelum menukar amaun yang tertera pada cek tersebut.

Terbaru katanya melibatkan seorang pengurus syarikat yang menulis cek untuk jumlah sekitar RM300, namun kerugian RM7,216 apabila cek yang sepatutnya dibayar kepada sebuah resort dicuri oleh sindiket berkenaan.

“Dia menerima panggilan telefon daripada bank yang memaklumkan ada individu mahu menunaikan cek daripada akaunnya, tetapi berjaya dikesan kerana nombor siri cek tersebut sama dengan nombor cek yang pernah ditunaikan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga telah berbincang dengan Pos Malaysia Berhad yang bersetuju untuk menyiasat bagi mengesan sama ada kegiatan itu turut melibatkan ‘orang dalam’.

-Bernama-

No comments: