Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, November 22, 2010

RESAH MENANTI BELAH, BILA JAMBUL TERSEMBUL

Tudunglah jambul tu Rosmah...
Wahai Kak Rosmah, bini kepada Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia; Pak Sedaro nak posan terus supayo diambil peduli dalam beberapa soal Negara.

1. Bahawa wanita pertama kepada Negara ini, ialah isteri kepada Ketua Utama Negara mengikut Perkara 32, Perlembagaan Persekutuan iaitu Raja Permaisuri Agong.

2. Bahawa sebagai isteri mithali kepada Perdana Menteri, tolonglah pakai tudung atau selungkup kepala masa sambutan Jamuan Iftar Ramadhan, Jamuan Ed-Fitri serta Jamuan Ed-Adha di rumah rasmi Perdana Menteri. Maso buat teleconferencing atau video conferencing, amatlah molek dan tampak mulia andai Kak Rosmah bersedia menutup aurat kepala Kak Rosmah yang tentu nampak lebih anggun berselungkup tanpa jambul tersembul.

3. Bahawa malulah sikit kepada Bumi dan Negara ini, seandainya Kak Rosmah tak dapat berkesan sebagai isteri Perdana Menteri? Bagaimana Kak Rosmah tak dapat berkesan sebagai Penasihat Utama Program Permata Negara? Bagaimana Kak Rosmah terkesan sebagai Pengerusi BAKTI?

Kami rakyat marhaen amat gusar dengan kedudukan aurat isteri Perdana Menteri yang tidak langsung memberi implikasi positif bila mana, di masa-masa khusus, Kak Rosmah ambil enteng soal imej isteri kepada Pemimpin Eksekutif Nombor Satu sebuah negara Islam.

Kami rakyat madani amat resah dengan kedudukan tingkah laku dan keputusan proaktif di luar lingkungan lazim seorang isteri Perdana Menteri. Menjadi penaung kepada acara fesyen IFF yang dijaya oleh Shah Reza, dengan peragaan peragawati yang kononnya berfesyen muslim dengan pakaian yang langsung memalukan dasar Islam, amatlah tidak bersantun keadaan itu.

Kami rakyat minta Kak Rosmah kaji beberapa tindakan terlajak yang dahulu. Antaranya ialah tindakan Kak Rosmah yang pernah melangkaui Menteri Wanita, Keluarga & Masyarakat, Menteri Luar, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Pelajaran dan sekian banyak kementerian yang Kak Rosmah kacau dan ganggu hampir setiap waktu, seolah-olah Najib memberi Kak Rosmah kuasa & jawatan Menteri Tugas-Tugas Khas untuk menyundal kementerian lain.

Ini Kak Rosmah perlu maklum dengan publisiti terlampau Kak Rosmah oleh media arus perdana, berkemungkinan bakal menggelapkan masa depan suami Kak Rosmah, Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang lagaknya umpama bulan purnama yang dilitupi awan mendung; dan yang dimaksudkan awan mendung itu adalah Kak Rosmah sendiri. Masalah persepsi yang serius sedang melanda Perdana Menteri Malaysia hari ini disebabkan kelaku Kak Rosmah.

Najib perlu 3 penggal lagi sebagai Perdana Menteri. Najib perlukan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan yang taat setia dan proaktif. Najib tiada masa untuk khayal dan leka dengan buaian dan igauan seperti tsunami 2004 dan berantakan 2008 yang berpunca dari suku sakat Paklah yang bebal.

Najib terdesak memerlukan 24 bulan lagi untuk memantapkan kedudukan kabinet dan UMNO agar parti-parti gabungan dalam BN mengakui siapa itu Bangsa Teras, apa makna Ketuanan Melayu, dan apa erti Ketuanan Islam di bumi Melayu.

Justeru Kak Rosmah...JAGALAH MARTABAT & MARUAH SUAMI ANDA SELAKU PEMIMPIN UTAMA SEBUAH NEGARA ISLAM! Jangan lopeh PRU-13 nanti, Najib pulak jatuh disobabkan Kak Rosmah. Sok kok nyosa...

No comments: