Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, November 22, 2010
PEGAWAI KHAS TERJATUH DALAM PAYA !
Ini yang dikatakan bila kena batang hidung baru tahu langit tinggi rendah. Masa kempen di Batu Sapi mereka gelakkan ada orang Pakatan Rakyat jatuh semasa memijak titi dan masuk ke sungai.
Pegawai Khas Hishammuddin jatuh ketika mengiringi menteri buat tinjauan. Siapa pegawai itu? Siapa lagi dulu dikenali sebagai Ustaz Firdau bekas imam Masjid Negara. Lepastu masuk UMNO dan jadi calon lawan DS Seri Azizah di Permatang Pauh tapi kalah. Akhirnya alang-alang menyeluk pekasam jadi pegawai khas Hisamuddin Menteri Dalam Negeri.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien terkejut apabila melihat pegawai khasnya, Datuk Firdaus Ismail terjatuh ke dalam paya apabila titi yang menghubungkan sebuah rumah usang milik seorang warga emas di Kampung Gersik, di Kuching runtuh, Ahad.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Hishammuddin yang menyempurnakan majlis penutup Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Tebingan Boyan-Gersik-Sourabay (BGS) telah membuat tinjauan ke kampung Melayu itu.
Ketika rombangan itu melalui titi ke sebuah rumah usang warga emas di kampung itu, titi tersebut runtuh.
Pegawai Khasnya yang berdiri di belakang Hishammuddin terjatuh dan telah ditarik naik oleh anggota Rela.
Yang menariknya Berikutan kejadian itu, bantuan sebanyak RM40,000 diperuntukkan bagi membaikpulih empat buah rumah usang, termasuk titi yang runtuh itu.-21/11/2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Nampak sangat BN dah terlalu lama melupakan rakyat dalam membaik pulih prasarana kegunaan rakyat. Semoga selepas ini ada YB BN mati dalam lif yang selalu rosak, mati terlanggar sampah yang dilonggok di tepi jalan raya, mati dilanggar mat rempit, mati diragut mat rempit, mati sebab denggi, mati disebabkan pemabuk, penjudi dan baru kerajaan akan ambil peduli atas semua masalah yang berlaku da ambil langkah-langkah pencegahan.
Post a Comment