FAKTA JANGAN LUPA !
Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi pula begitu terburu-buru meminta supaya Zaid Ibrahim menyertai semula UMNO yang pernah dikutuknya semasa bercumbuan di dalam PKR. Apa istimewanya Zaid Ibrahim untuk dipelawa masuk semula ke dalam UMNO, sedangkan Ibrahim Ali yang begitu kuat memuja dan memuji Najib di dalam PERKSA tidak mendapat pelawaan sebagaimana Zaid Ibrahim.
Mengapakah Zaid tergamak merendahkan martabat politiknya sehingga beliau telah dianggap telah bertindak bagaikan ejen UMNO (kuda Trojan UMNO) di dalam parti PKR. Tingkah lakunya yang kecewa kerana tidak mendapat sokongan padu oleh sebahagian besar anggota PKR untuk beliau berhadapan dengan Azmin Ali yang terbukti amat setia dengan perjuangan PKR bagi merebut jawatan Timbalan Presiden, telah mendorong dirinya menjadi 'desparado' sehingga tergamak mencerca pemimpinnya sendiri (Anwar Ibrahim).
Zaid Ibrahim bukan sahaja meletakkan semua jawatannya dalam PKR, tapi telah menggesa pula Anwar dan Azmin mengundur diri dari jawatannya. Sepatutnya orang yang telah kecewa ini tidak layak bercakap pasal kepimpinan parti yang baru beliau sertai.....dulu dia pernah kecewa dalam UMNO lantas menagih simpati Anwar untuk masuk PKR, hari ini dia paparkan gelagat hinanya dalam politik...dia bagaikan terlupa tentang kelemahan dirinya.
Demikianlah kisah politik murahan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini yang terlalu mengidamkan jawatan tertentu di dalam parti yang baru sahaja beliau sertai. Zaid dengan angkuhnya berkata bahawa PKR hari ini tidak memerlukan lagi Anwar dan Azmin, sebaliknya menyatakan bahawa dirinyalah yang paling layak untuk mengetuai PKR.
PKR perlulah melakukan muhasabah diri apakah orang seperti ini perlu lebih lama berada di dalam premisnya setelah UMNO dikecewakannya dahulu. Semasa berada di dalam UMNO, beliau macam terlupa bahawa dirinya sebagus Annuar Musa UMNO di Kelantan, jauh sekali tidak menyamai aura Tok Guru MB Kelantan (Mursyidul Am PAS)
Nampaknya aura Zaid Ibrahim seiras dengan Ibrahim Ali di Kelantan yang bertindak menikam UMNO setelah dirinya tidak dilantik semula mengetuai UMNO Pasir Mas, dan kemudiannya menagih simpati PAS untuk membolehkan beliau menyertai pilihan raya umum ke-12 yang lalu menggunakan lambang bulan yang beliau kutuk hari ini.
Zaid Ibrahim tidaklah perlu untuk menyatakan kekesalannya di dalam PKR, kerana itu jugalah pilihannya setelah dikecewakan di dalam UMNO. Mungkin UMNO akan mengenepikan perbuatan Zaid dahulu bagi mendapatkan keuntungan dari kelantangan Zaid Ibrahim terhadap PKR yang menjadi seteru UMNO dan persis gaya Ibrahim Ali.
Akhirnya ramai (Tak kira UMNO atau PKR) akan bersetuju jika Zaid Ibrahim tidak terus berada di dalam PKR kerana beliau tidak mempamirkan watak yang baik di dalam parti itu. UMNO yang pernah dipujanya sebelum ini mungkin layak untuk orang seperti dia.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment