Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, November 16, 2010

PENJELASAN TERPERINCI BAGI SETIAP INCI

Teman setuju dan rasernya ramai rakyat mahu tahu secara terperinci tentang status kes Tanjung Pagar di dalam negara Singapura yang sungguh strategik itu.Tanjung Pagar adalah hak negara Malaysia dan maruah rakyat Malaysia yang sedar. Bodoh betul pemimpin BN/UMNO melepaskan Tanjung Pagar dengan tanah tebus guna. Udah kena sekali kes pulau Batu Putih boleh nak terkena lagi dengan kes Tanjung Pagar? Tahukah kita bahawa Tanjung Pagar adalah kelemahan Singapura dari segi ketenteraan dan keselamatan serta strategi politik? Malaysia tiada apa-apa kelebihan kalau diberi ganti tempat yang ditepi laut atau dipinggir pulau itu.

DSAI GESA PM beri penjelasan
PETALING JAYA, 25 Mei — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan terperinci kepada rakyat berhubung keputusan Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTM Berhad di Tanjong Pagar ke Woodlands, Singapura menjelang 1 Julai 2011.

Dato Seri Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menegaskan negara tidak boleh menerima perjanjian secara “diam-diam dan berahsia”.

“Ini yang menjadi keprihatinan kita sekarang,” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Di bawah persetujuan itu Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di Woodlands.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan Najib dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Singapura semalam.

“Kita ada Brunei, minyak... meskipun ia awalnya dipersetujui oleh Perdana Menteri Tun Abdullah tetapi kemudian Najib membolehkannya dengan (persetujuan) Kabinet. Kita ada Singapura (sekarang), walaupun adalah sesuatu yang menggalakkan (kerana) kita ada melihat kemajuan besar dalam perundingan dengan Singapura, ini adalah kepentingan ekonomi dan nasional yang utama, dan saya merasakan beliau (Najib) mesti datang dengan butiran mendalam dan jelas mengenai kandungan perjanjian (ini),” kata Anwar.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas persetujuan antara Malaysia dan Singapura yang diumumkan semalam.

Najib dan Lee berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Minta maaf comment saya dibawah tajuk Perkeso diperkose.Banyak-banyak minta maaf Selamat hari Raya Adiladha untuk seluruh rakyat Malaysia.