Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, November 16, 2010
PERKESO DIPERKOSE ? HATE !
Tiba-tiba pencarum PERKESO (SOCSO) boleh tuntut wang pampasan kalau jadi mangsa banjir. Kalau ye pun, bincang dulu buat-buat mesyuarat baru umum. Jangan duit PERKESO pun nak buat macam duit PETRONAS, KWSP dan seangkatannya. Buat dulu garispanduan atau kriteria kelayakan dapat bantuan atau pampasan banjir, ini tidak ... tup-tup dah boleh beri pampasan.Al-Maklumlahlah nak menghalalkan wang tabung untuk dikeluarkan lepas tu menunjukklah kerajaan prihatin bla-bla. Teman dulu pernah jadi mangsa banjir , takder pun rancangan atau cadangan PERKESO nak beri pampasan mangsa banjir , teman pun pencarum PERKESO. Ini menteri nak pakai duit senang-senang dah ada keputusan.
ALOR SETAR: Semua pekerja berdaftar di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau waris yang menjadi mangsa banjir boleh membuat tuntutan segera daripada pertubuhan itu jika terbabit dengan kemalangan ketika keluar atau pulang ketika bekerja akibat banjir.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pekerja berdaftar layak membuat tuntutan itu dan mereka boleh mengemukakannya pada bila-bila masa untuk diproses dan diberi perhatian sewajarnya oleh PERKESO.
Katanya, kerajaan memahami situasi yang dilalui mangsa terutama selepas banjir dan ia adalah salah satu daripada bentuk bantuan yang boleh diterima mereka sekiranya layak seperti yang termaktub dalam syarat pertubuhan berkenaan.
“Saya harap ia akan diberi pertimbangan untuk dipercepatkan dan dipermudahkan bagi membolehkan mangsa banjir yang layak diberi perhatian sewajarnya.
“Ia sedikit sebanyak boleh membantu pekerja atau waris mereka memulihkan semula kehidupan selepas menghadapi bencana,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian bantuan khas Deepavali dari Badan Perhubungan MIC Negeri Kedah kepada 400 keluarga mangsa banjir dalam daerah Kota Setar, Kuala Kedah, Kubang Pasu dan Pokok Sena di sini, semalam.
Pada majlis berkenaan semua 400 keluarga terbabit menerima bantuan barangan keperluan harian bernilai RM200 setiap satu.
Sementara itu, Subramaniam turut mengingatkan orang ramai supaya berdaftar segera dengan Jawatankuasa Khas banjir negeri Kedah untuk diambil tindakan segera bagi membolehkan bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan teratur.
Beliau berkata, kerajaan memerlukan data lengkap untuk memastikan mereka benar-benar terbabit sebagai mangsa banjir dan tidak hanya mengambil kesempatan di atas peruntukan yang disalurkan kerajaan itu.
“Mereka perlu pastikan berdaftar supaya proses menyalurkan bantuan dapat dilakukan segera dengan teratur.
“Ia juga dibuat bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan hanya untuk mengaut keuntungan segera,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum
Tak salah saya ada cerita Singapura dilanggar todak didalam buku/hikayat sejarah Melayu karangan Tunsrilanang mengenai raja(pihak berkuasa)membunuh seorang anak muda(budak) yang telah memberi idea bagaimana hendak selamatkan tanah singpura dari diserang todak.Tapi raja disebabkan tak educated,termakan kata-kata fitnah dan salah anggapan.Budak itu dikorbankan tanpa kalungan bintang kebersaran dan penghormatan negara demi kekuasaan politiknya.Oleh itu idea-idea yang baik dari Pakatan Rakyat seperti budak muda itu perlu didengar dan diambil perhatian serta dibawa perbincangan umpamanya didalam Parlimen demi kebaikan dan keselamatan negara.Jangan berulanglagi seperti cerita singapura dilanggar todak sudahlah...Ya allah berilah rahmatmu dan hidayah kepada pemimpin-pemimin kami menangani isu besar ini.Amin.
Post a Comment