Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, November 15, 2010

DS NOH MEMANG TAK SENONOH !



Yayasan Selangor di bawah UMNO sejak tahun 2005 tak pernak diaudit?
Ada hati DS Noh tuduh Yayasan Selangor berbelanja sebanyak RM800,000 . Kalau teman, elok benor semua perbelanjaan yang terlibat dengan Sultan dan MB dipaparkan dalam Akhbar tak kiralah negeri pahang ke ,Negeri Selangor ke ? Maknanya semua negeri bawah Pemerintahan BN & PAS wajar dedahkan semua perbelanjaan yang melibatkan pimpinan negeri, persekutuan atau diri beliau.

SHAH ALAM , 15 Nov. : UMNO tidak layak bercakap cara pengurusan kewangan, kebertanggungjawaban dan pembaziran dalam Yayasan Selangor.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata,Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih yayasan dari kerajaan terdahulu yang tidak diaudit sejak 2005.

Menurutnya, masalah tersebut berjaya diselesaikan selepas Abdul Khalid mengarahkan kewangan yayasan tersebut diaudit dan dikemas kini.

Kalau hendak cakap mengenai cara mengurus kewangan, UMNO tidak layak bercakap mengenainya kerana yayasan tidak di audit sejak 2005. Tidak tahu ke mana keluar masuk duit yayasan. Kami dapati belanja lebih banyak dari yang masuk.

“Apabila Tan Sri masuk Selangor, barulah diaudit dan dapat diselesaikan dan tahun ini baru berjaya mengaudit dari tahun 2005 sehingga 2009 tetapi tahun 2010 berakhir lagi untuk diaudit. Kita kena bersihkan segala saki baki UMNO,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang menyifatkan Abdul Khalid tidak tahu mentadbir dan mengurus yayasan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mempersoalkan matlamat sebenar Noh Omar mengatakan Abdul Khalid biadab kerana menggunakan perkataan ‘beliau’ dan ‘dia’ kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kalau beliau berniat hendak memberikan teguran membina, kami menerima teguran itu dengan baik.

Tetapi dalam keadaan sekarang, beliau dilihat seperti menangguk di air keruh, seolah-olah cuba mewujudkan ketegangan di antara Kerajaan Selangor dengan istana,” katanya.

Noh semalam menyifatkan Abdul Khalid sebagai biadab apabila menggunakan ‘beliau’ dan ‘dia’ kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kenyataannya di sebuah televisyen swasta, malam kelmarin.

Menurutnya, sebagai rakyat Selangor, amat menyedihkan dan dukacita apabila seorang berbangsa Melayu malah merupakan menteri besar menggunakan bahasa tersebut kepada Sultan Sharafuddin.

“Bagaimana seorang MB, menggunakan perkataan ‘beliau’ dan ‘dia’ kepada Tuanku? Ini akibat terlampau lama berkawan dengan DAP,”katanya.SH
Posted by PAS Parit Buntar

No comments: