Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, November 15, 2010

DATUK ZI JANGAN SEKALI KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT !

Alasan teman :-
1. Datuk ZI (Zaid Ibrahim) dah banyak berjasa dengan rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat di Hulu Selangor dimana beliau bersungguh mahu memenangi Parlimen Hulu Selangor bagi pihak Pakatan Rakyat dan akhirnya beliau kalah disebabkan permainan rasuah mega BN. Yang ini beliau kena ingat, BN bukan wadah terbaik (untuk berpaling) kalau ikut ketelusan Datuk Zaid.
2. Datuk Zaid telah berjasa dengan PAS kerana menjual mahkota UMNO merangkap maruah UMNO/BN iaitu Bangunan UMNO di Kota Bahru kepada PAS. Sayang kalau Datuk melupakan pengorbanannya yang sukar ditukarganti ini. Beliau memang di landasan yang betul.
3. Datuk Zaid tidak perlu melenting kerana pertandingan merebut jawatan tersebut kerana ramai memandang kebolehan dan keterbukaan dan keadilan Datuk Zaid yang sinonim dengan perjuangan Pakatan Rakyat.Datuk tidak akan rugi kalau kalah sekalipun. Ramai lagi menyebelahi Datuk.
4. Cara PKR melakukan pertandingan memilih pemimpin hadapan cara undi terus melalui setiap ahli memang semua orang tabik tetapi pada pendapat teman cara begitu terlalu ideal atau terlalu sempurna di mana BN/UMNO pun tak berani dan juga tak mampu nak buat walaupun dah lebih 50 tahun mereka mendominasikan politik di Malaysia. Inikan pula diundi dengan terbuka semua bangsa anata India, China dan Melayu dan bangsa minoriti lain. Sedemikian Datuk Zaid harus faham situasi dan kemungkinan yang akan berlaku.
5. Datuk Zaid atau pemimpin yang masuk ke dalam Pakatan Rakyat harus balik ke pangkal jalan di mana perjuangan mereka semasa nak masuk ke dalam Parti komponen Pakatan Rakyat. Kenapa dengan ketidakpuasan dan kelemahan atau ketirisan sedikit sudah nak menjauhkan diri atau menarik diri. Dimana semangat kental kita semasa berikrar mahu berjuang untuk rakyat?
6. semoga sesiapa yang ambil keputusan bersama Pakatan Rakyat terutama yang berugama Islam buatlah solat hajat & istiharah sebelum mengeluarkan ucapan,kata-kata atau kenyataan atau tindakan.



PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim telah memutuskan untuk keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana beliau sudah tidak tahan lagi dengan apa yang berlaku dalam parti itu.

“Saya tahu ramai yang menghitung hari saya dalam parti kerana ada pemimpin yang sengaja membuat serangan peribadi terhadap saya.

Zaid yang menyertai PKR pada Jun 2009 selepas dipecat daripada Umno berkata beliau ingin berehat seketika untuk ‘melepaskan diri daripada semua perhatian.’

“Saya tidak pernah marah kepada parti, saya cuma benci dengan pemimpin-pemimpin yang gila kuasa dalam parti,” katanya.

Bekas menteri Kabinet itu menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presdein PKR minggu lalu, kerana beliau mendakwa, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dalam pemilihan PKR dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

Zaid berkata beliau telah dikritik hanya kerana dia meminta satu pilihan raya parti yang bersih dan bebas.

Katanya sejak dari awal proses pengundian apabila beliau mendahului dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti dia telah menggesa pemimpin-pemimpin parti supaya melihat secara serius masalah ketaksekataan dalam proses pengundian.

“Saya tidak boleh terima semua penipuan ini. Mereka (pemimpin PKR) tidak boleh menerima kritikan. Mereka menyerang orang yang bercakap benar daripada meneliti aduan-aduan yang diterima,” tambahnya.

Menurut pemerhati politik, Zaid akan keluar daripada PKR dan menubuhkan partinya sendiri.

No comments: