Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, November 15, 2010

ANTARA ACUAN MALAYSIA DAN TIMBANG TARA


Apa dah jadi Kewangan malaysia? Dah terkangkang nak guna timbang Tara? Mana acuan Malaysia yang dihebohkan selama ini? timbang tara kena cuuck hidung ikut acuan orang ler !
Dahla masalah Pulau batu Putih yang memang hak Malaysia di bawa ke mahkamah Antarabangsa di Belanda bagi di timbang tara kunun, akhirnya keputusan Menag Menang kata Rais Yatim. Yang dapat Singapura.
Pastu Tanag Tanjung Pagar yang terang dan jelas hak Malaysia ditukar silap mata oleh Singapura boleh DS Najib setuju? Pastu dahla kena tukar , maslah sewa plak! dan akhirnya ke mahkamah timbang tara lagi? Ya Allah kenapa Pemimpin BN/UMNO ni bengong sangat?


KUALA LUMPUR 15 Nov - Setelah Umno-Barisan Nasional gagal mengurus kewangan negara sehingga Malaysia mencatatkan hutang paling tinggi dalam sejarah, kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa melutut kepada Bank Dunia untuk membantu mengurangkan defisit tertinggi dalam tempoh 22 tahun.

Ketika ditemuramah agensi berita Bloomberg Jumaat lal, Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan akan meminta bantuan daripada bank yang berpangkalan di Washington itu bagi menilai perbelanjaan kerajaan dari semua sudut termasuk cara-cara pemberian kontrak besar bagi mengelakkan perbaziran disebabkan tidak efisyen.

Malaysia katanya turut berharap kajian tersebut akan meningkatkan kredibiliti kerajaan.

"Kita mahu pihak ketiga sebagai penimbang tara," kata Ahmad Husni.

"Laporan audit tahunan berhubung perbelanjaan agensi kerajaan menunjukkan "beberapa penemuan negatif dan kami berharap dengan penglibatan Bank Dunia, pada masa akan datang kita harap dapat melihat pencapaian yang lebih baik," katanya.

Jurang fiskal yang bermula sejak krisis kewangan Asia lebih daripada sedekad lalu akan membantu meningkatkan kemungkinan mengangkat kedudukan kredit Malaysia, yang ketika ini di bawah China dan Taiwan.

Keyakinan tinggi pelabur terhadap sistem kewangan negara di Asia Tenggara diharap dapat membantu usaha Najib untuk menarik pelaburan dan meremajakan ekonomi negara yang mungkin dikalahkan oleh jirannya, Singapura tahun ini.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi lembab iaitu pada kadar 4.7 peratus dalam tempoh sedekad terakhir berbanding 7.2 peratus pada tahun 1990an, ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membangunkan projek lebuhraya dan membina menara berkembar tertinggi di dunia.

Menurut pelan lima tahun yang dibentangkan Najib Jun lalu, beliau bercadang untuk mengecilkan jurang tersebut melalui pemotongan subsidi, memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatani serta mengurangkan kos operasi yang akan menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkurangan sebanyak 2.8 peratus pada tahun 2015.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan turut menjelaskan kesan daripada rancangan itu akan menyebabkan KDNK merudum daripada 5.6 peratus tahun ini kepada 5.4 peratus, tahun depan.

Namun, Najib sehingga kini masih belum memperincikan rancangan pengurangan subsidi atau memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan ketika pembentangan Bajet 2011, 15 Oktober lalu.

Sementara itu, pakar ekonomi dari Capital Economics yang berpengkalan di Singapura, Wisnu Varathan berkata para pengkritik mengatakan Malaysia terlalu memandang ringan berhubung isu langkah mengurangkan kos operasi.

"Malaysia mahu menunjukkan bahawa usaha untuk mengurangkan bajet defisit akan ditangani segera dan sebab itulah mereka mencari bantuan dari suatu organisasi antarabangsa."

Ahmad Husni turut memberitahu kerajaan sedang bekerjasama dengan perunding bagi mendapatkan semula pendapatan berjumlah RM5 bilion yang menurutnya gagal dipungut.

Namun, beliau tidak pula menjelaskan bagaimana kerajaan akan mendapatkan dana tambahan yang diperlukan itu.

No comments: