Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, November 16, 2010

TAHNIAH DARI BINTULU UNTUK CAWANGAN PAS KE 8

assalamualaikum

Sejuta tahniah diucapkan kepada penduduk Taman Kesumba dan salam perjuangan kepada saudara Zakaria bersama sahabat-sahabat beliau kerana dapat memmbuka cawangan Pas Cawangan Taman Kesumba disana(TamanKesumba)tanpa menghirau pelbagai mehnah atau tribulasi demi melihat sebiji mutiara tertanam disana untuk kebaikan dan keberkatan dari Allah swt.Semoga saudara dan jemaah saudara dimasukkan kedalam golongan yang dibanggakan dan disebutkan oleh Nabi Muhamad saw. mengenai ummatnya diakhir zaman yang tidak berada dizaman beliau,tidak pernah melihat beliau tapi dengan kental lagi bersungguh untuk mengikut sunnah beliau dan meneruskan perjuangan Islam.Teruskan berjuang dengan sabar,tabah,berani,hikmah dan cintaikan Allah dan rasullah saw.Allahuakbar,allahuakbar,allahuakbar

Zul-Neem


Untuk makluman & perhatian semua :
, semalam 15 November, Sdr Zakaria ketua Cawangan baru ini iaitu Cawangan PAS ke 8 dalam Zon Bukit Beruntung/Sentosa dan juga Cawangan ke 35 dalam Kawasan Hulu Selangor mendapat ujian di mana isteri beliau dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk meneruskan proses kemoterapi bagi merawat sakit kanser yang sudah lama dialami. Begitulah pengorbanan seorang suami menjaga isteri tanpa meninggalkan perjuangan menegakkan perjuangan Islam dalam wadah PAS.
Kita yang sihat bugar ini bolehlah terus berjuang disamping mendoakan isteri beliau selamat dan cepat sembuh selepas menjalani rawatan tersebut.

No comments: