Teman syorkan , bila banjir kita kerahkan tentera & polis & Pasukan Bulan Sabit pula turun ke tempat-tempat banjir dan dibantu ahli politik dan orang ramai. Jangan ahli politik dan menteri saja yang menyebok dengan pakaian cantiknya dan asyik nak ditemuramah hanya membuang masa dan menyusahkan mangsa banjir.
Thailand mengerahkan beribu-ribu askar dan satu-satunya kapal pembawa pesawat pengangkutnya untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap akibat banjir teruk di bandar Haadyai, dalam banjir terbaru yang melanda negara ini, selepas 107 orang maut dalam bencana itu di bahagian timur laut pada bulan lepas.
Pusat perdagangan di selatan Thai itu bertukar wajah menjadi seperti terusan air dengan jalan-jalan tidak lagi dapat dilalui dengan kereta, manakala perkhidmatan kereta api ke bandar itu dibatalkan.
Paras air banjir mencecah bumbung di beberapa kawasan di Haadyai semalam tetapi didapati surut ke paras satu meter hari ini, kata Vijit Thammasaro dari pejabat pencegahan bencana di wilayah Songkhla.
Ribut tropika membawa hujan berterusan ke kawasan terbabit pada Ahad dan kelmarin, menyebabkan banjir yang memaksa lapangan terbang di Pulau Samui ditutup buat hari kedua berturut-turut.
Jabatan meteorologi Thailand melaporkan, ribut itu bergerak ke arah barat meninggalkan negara ini tetapi ombak setinggi empat meter mungkin melanda kawasan tepi pantai dan penduduk di kawasan rendah menghadapi ancaman tanah runtuh dan banjir kilat.
"Saya yakin keadaan mula beransur-ansur pulih," kata Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva hari ini, sehari selepas menyifatkan banjir itu sebagai 'bencana alam terburuk' yang pernah melanda negara ini.
Satu-satunya kapal pembawa pesawat pengangkut Thailand, yang jarang meninggalkan pangkalannya, dikerahkan untuk menyertai operasi bantuan dan dijadual tiba di perairan dekat Haadyai tengah hari ini. - AP
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment