Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 25, 2010

BARISAN NASIONAL BOLEH TUMBANG

BN boleh tumbang...
1. Hujung tahun ni ramai yang merungut kerana 'mati' cukai jalan kenderaan.

2. Dulu pernah kecoh seketika berkenaan isu saman ekor dan kerajaan berjanji untuk mengkaji serta meneliti isu yang menjadi kemarahan rakyat ini.

3. Sampai bila nak teliti dan kaji...tak tahulah.

4. Walau sudah ke tahap merayu, namun keputusan kerajaan masih samar-samar.

5. Penangguhan menyenarai hitam pemandu disebabkan saman ekor ke bulan Februari 2011 tidak akan menyelesaikan masalah. Malah keputusan itu menyebabkan kemarahan rakyat yang terpendam semakin membara dan tunggu masa saja untuk meletus.

6. Notis saman tidak sampai kepada pemilik kenderaan, kadangkala sampai berbulan dan ada yang bertahun-tahun tak pernah terima sebarang makluman berkenaan saman (satu pencabulan undang-undang?). Tahu-tahu dah disenarai hitamkan. Pemilik kenderaan pula yang bersusah payah untuk buat semakan saman sendiri. Bila pergi balai, minta bukti, kena bayar pula untuk dapatkan bukti bergambar. Mereka yang memandu 120km/j dikenakan kompaun maksimum, sama dengan mereka yang memandu 200 km/j. Kalau tak puas hati kerana dianggap teraniaya, maka disuruh rujuk kes ke mahkamah. Bayar legal fees lebih banyak dari bayar saman. Jadi mana adilnya? Kaedah perlaksanaan undang-undang lalu lintas yang lemah oleh polis?

7. Kes Leonard Lim Yaw Chiang vs Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280: "Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor. Tindakan menyenarai hitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan."

8. Lagi bertambah hangat apabila dikhabarkan nilai saman ekor di seluruh negara telah mencecah billion ringgit, dan sasaran kerajaan adalah untuk mengutip sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah saman ekor tertunggak. Andai 50% daripada RM1 billion nilai saman berjaya dikutip, maka kantung kerajaan akan bertambah RM500 juta, hasil daripada keringat rakyat yang teraniaya disebabkan kelemahan perlaksanaan penguatkuasaan trafik.

9. Polis akan terus menyaman untuk memenuhi kuota. Selagi tak cukup kuota, tak boleh balik balai. Polis saman, JPJ buat senarai hitam. Dua bidang penguatkuasaan yang hakikatnya tiada kuasa untuk menjatuhkan hukuman ke atas pesalah trafik. Mereka hanya penguatkuasa dan bukannya penghukum. Hanya hakim saja yang berhak menentukan sama ada pemilik kenderaan yang menghadapi tuduhan saman ekor bersalah atau tidak. Rasanya Polis dan JPJ keliru dengan kuasa yang ada pada mereka, menganggap mereka lebih superior daripada mahkamah.

10. Kata JPJ dan Polis, "Kami faham masalah yang dihadapi oleh pemilik kenderaan yang disenarai hitamkan. Tapi kami terpaksa lakukan kerana ini adalah arahan kerajaan."

11. Nak ikut contoh negara maju menangani masalah trafik pun, biarlah bersesuaian dengan 'budaya' tempatan. Bukankah kerajaan pernah melaungkan, "Kita mentadbir negara mengikut acuan sendiri."

12. Acuan mana pula yang nak diikut sekarang ni? Acuan Pegawai Tadbir Diplomatik atau Pak Menteri?

13. Jangan kerana isu saman ekor menyebabkan rakyat 'terpaksa' buat keputusan untuk mengikut acuan sendiri hingga menumbangkan BN di PRU13 nanti.

No comments: