Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 25, 2010

FITNAH RM500RIBU KANTOI, UMNO HENTAM RM300RIBU, NOH UMNO TAMBAH KUAH

Sepatutnya SPRM siasat dulu tuduhan bahawa PKNS taja RM500,000 perkahwinan Dr Muzafar baru siasat perbelanjaan Yayasan Selangor RM300,000 untuk meraikan Sultan Selangor.
Yang UMNO sorang nie YB Noh Omar boleh kata ada bukti kos sebenar RM800,000.

PETALING JAYA 25 NOV : Mungkin ada agenda peribadi pihak tertentu, itu rumusan bapa kepada angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar mengenai kekecohan yang cuba ditimbulkan menerusi dakwaan kononnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menaja perkahwinan anaknya.
Dalam sidang akhbar hari ini, Sheikh Mustapha Sheikh Shukur menafikan PKNS menaja majlis itu. Sebaliknya PKNS memperuntukkan RM520,000 bagi membolehkan penubuhan Pusat Penyelidikan Sains & Aeroangkasa di Taman Sains PKNS, Cyberjaya.
Projek membabitkan Syarikat Advanced Science Education Sdn Bhd yang diwakili oleh Dr Sheikh Muszaphar dipersetujui oleh PKNS setelah kerajaan negeri lain menolaknya.
Justeru, Sheikh Mustapha tidak menolak kemungkinan projek tajaan PKNS itu menimbulkan rasa iri hati di kalangan pihak tertentu sehingga mereka melontar fitnah terhadap PKNS dan anaknya sendiri.
Rasa dengki wujud. Dari dalam dan luar serta sebagainya. Saya nafi PKNS menaja perkahwinan anak saya. Ini membabitkan cadangan perniagaan yang mendapat respon dari kerajaan negeri dan PKNS manakala negeri-negeri lain menolak.

Ayah angksawan itu mengadakan sidang akhbar setelah PKNS terpalit dengan tuduhan kononnya ia menaja majlis perkahwinan anaknya pada bulan lalu.
Dakwaan itu turut menjadi tumpuan pada sidang Dewan Selangor minggu lalu. ADUN Hulu Klang Saari Sungib meminta kerajaan negeri supaya menyiasat kebenaran tuduhan itu.
Dr Sheikh Muszaphar dan isteri kini berada di Makkah menunaikan ibadat haji namun beliau sekeluarga kesal dengan tuduhan itu dan menyifatkanya sebagai tidak bertanggungjawab dan melampau.
Sheikh Mustapha menjelaskan ikatan kerjasama antara PKNS dan anaknya dimeterai selepas kerajaan Negeri Sembilan menolak tawaran itu.
"Saya anak Negeri Sembilan, jadi saya berjumpa dengan kerajaan negeri namun mereka tidak mempunyai tanah yang diperlukan. Apabila PKNS dimaklumkan mengenainya, mereka terus menyuarakan minat. Mereka amat dinamis.
"Setahu saya, PKNS mengadakan MOU dengan Syarikat Advanced Science Education Sdn Bhd dan ini diikuti dengan majlis makan malam bagi meraikan 120 angkasawan daripada beberapa negara. PKNS patut dipuji kerana mengambil inisiatif meningkatkan pendidikan terutama sains aeroangkasa,' tambah beliau.

"Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri amat sedih di atas fitnah yang telah dilemparkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini," tambah beliau.
Sebelum ini, 120 angkasawan itu terbabit dalam program Space Explorers anjuran Kerajaan Pusat. Anaknya, iaitu Sheikh Mustapha, kemudiannya menjemput rakan-rakan angkasawan ke majlis perkahwinannya yang diadakan dalam suasana tradisi Melayu.
Menurutnya, acara pemeteraian MOU itu disusuli acara makan malam meraikan 120 angkasawan dan para pemodal yang berkunjung ke Selangor untuk meraikan pemeteraian itu.
Beliau mewakili anaknya, yang kini berada di luar negara menunaikan ibadah Haji.

No comments: