Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, November 25, 2010

AKHBAR PEMBOHONG RUGI MELAMBUNG !

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pra-cukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Untuk suku ketiga berakhir 30 Sept, 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pra-cukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, pendapatan mengukuh kepada RM89.540 juta dalam tempoh bawah kajian daripada RM89.530 juta sebelumnya.

Utusan berkata saingan yang sengit untuk perbelanjaan pemasaran pengiklanan, bukan hanya di kalangan media cetak, tetapi juga di kalangan semua saluran media telah menjejaskan prestasi kumpulan untuk tempoh di bawah kajian.

Faktor itu akan kekal sebagai cabaran kepada kumpulan untuk baki tempoh 2010, kata syarikat itu.

"Bagaimananpun, pertumbuhan positif yang dijangkakan untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini dan tahun depan diunjurkan dapat merangsangkan perbelanjaan pengiklanan dan menyediakan peluang untuk kumpulan meningkatkan pendapatan pengiklanannya," kata Utusan.

1 comment:

zul_neem said...

assalammualaikum

Keuntungan merosot atau tinggi menggunung ada kaitan dengan kos pengeluaran dan tanggungan serta susut nilai kewangan serta keadaan pasaran yang dipengaruhi pernawaran dan permintaan.Bagi sebuah syarikat pengeluaran atau menawar bekalan sudah pasti trend permintaan adalah fokos yang utama kerana ia melibatkan statitik pengeluaran dan keuntungan.Bagi syarikat pengeluaran yang mengutamakan keuntungan dan menjana pendapatan sudah pasti mengwujudkan yunit R&D bagi menghasilkan bahan pengeluaran yang berkualiti tinggi dan berdaya saing.Pendek cerita sudah pasti penguna-penguna(macam saya)berhak mendapat barangan atau seumpama dengannya yang mempunyai nilai yang baik lagi berkualiti berbanding dengan nilai wang yang dikeluarkan.Andaikata barang itu adalah mediacetak.Sudah pasti saya membeli dimana nilai-nilai isinya adalah diatas berita yang benar lagi sahih dan krebiliti pengarang dan wartawan boleh dipercayai serta beritanya atau pekhabarannya bersifat adil dan boleh menbawa mesej kebaikan kepada pihak berkepentingan atau sebaliknya.Inilah antara kualiti yang perlu ada bagi syarikat mediacetak yang ingin mencapai keutungan menggunung dan permintaan yang tinggi serta sekaligus menjana pendapatan.