
Gagal sekolah kerana sijil lahir
SITI ROBIAH menunjukkan sijil Tabika Kemasnya di Kampung Dalam Wang, Baling, Kedah semalam.
BALING - Berikutan sijil kelahirannya tercatat dia bukan warga negara Malaysia, Siti Robiah Muhamad Jamri, 8, tidak diterima memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Wang di sini pada awal persekolahan 2010 lalu.Masalah itu menyebabkan pihak sekolah berkenaan enggan menerima kemasukannya walaupun bapanya, Muhamad Jamri Husin, 34, seorang warga negara Malaysia.Ibunya, Aishah Wadot, 29, dilahirkan di Betong, selatan Thailand tetapi dibesarkan dan menetap di Kampung Dalam Wang sejak berusia tiga tahun hingga kini manakala adik perempuannya yang berusia lima tahun memiliki MyKid dan seorang lagi adik perempuannya berusia dua tahun mempunyai masalah sama seperti Siti Robiah.
Sumber:Dipetik dari berita kosmo online
1 comment:
Seringkali bercakap mengenai pendidikan pra-sekolah kita selalu berbangga kerana prestasi PASTI lebih menyerlah berbanding kelas tadika Kemas. Namun adakah kita menyedari bahawa nasib guru-guru PASTI agak dikesampingkan. Bayangkan kalau di kawasan bandar elaun guru PASTI masih lagi bermula RM 450. Inilah punca utama kenapa ramai yang tidak berminat menjadi guru PASTI. Namun syabas diucapkan kepada mereka yang masih terus memikul amanah itu walaupun telah bertahun-tahun lamanya. Pemuda PAS majikan kepada guru-guru PASTI ini harus turut berjuang membela nasib guru-guru PASTI ini.
Post a Comment