Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, October 31, 2010

PERKARA PELIK INI MASIH BERLAKU, PATUTNYA MALU

Apa yang teman maksudkan ialah PRK Galas adalah hanya Pilihanraya kecil tetapi kenapa sampai Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri atau Ketua Polis Negara perlu hadir?
Nampaktak ganjil dan memalukan setakat pilihanraya kecil perlu kehadiran Pimpinan Negara yang ada banyak kerja untuk negara. Seolah-olah menteri-menteri di bawahnya tiada kekuatan ini di tambah lagi seolah tak akui kekuatan dan kebolehan Menteri Besar Negeri yang ada PRK tersebut. Pelik tak???
Satu lagi perkara pelik, cuma Pilihan raya kecil Ketua Polis Negara perlukah turun padang sedangkan beliau ada Ketua Polis daerah , Ketua Polis Negeri untuk melakukan tugas tersebut dan kalau tak cukup kuat hantar pegawai di bawah Timbalan Ketua Polis.
Tak cukup lagikah kekuatan polis sampai Ketua Polis Negara kena turun padang?
Tahukah kita, pembaziran wang rakyat terlalu banyak berlaku dengan perkara pelik ini terus berlaku.
Yang ke 3 pula perkara pelik ialah walau PRK , Ketua SPR juga perlu sangat kah turun padang padahal Timbalannya boleh turun melawat walau ada 2 PRK serentak.
RAkyat boleh lihat keperluan menurunkan kuasa secara berhemah perlu bagi menunjukkan keperluan pegawai di bawah dan mengelakkan perbelanjaan yang besar dan pembaziran wang rakyat.
Dari segi strategi nampak sangat kebodohan kepimpinan Kementerian BN dan bahagian keselamatan negara.
Bayangkan dikala menteri-menteri dan ketua-ketua keselamatan bertempek dan bersendat di Galas atau Batu Sapi tia-tiba di bom pengganas apa yang terjadi?
KDN atau pihak Bukit Aman tidak terfikirkah atau memberi amaran supaya jangan orang-orang besar negara berkumpul dalam satu tempat satu masa yang akan membahayakan mereka?
Kalau teman, teman cadangkan kalau BN 'smart' tak perlulah PM atau Ketua Polis Negara turun hanya Pilihanraya kecil. Wallahualam.

No comments: