
Syukur alamdulillah di kala SPR cuba menyusahkan penyokong Pakatan Rakyat agar kurang hadir ke Galas namun PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 masih mampu memberi sumbangan sedikit kewangan untuk perbelanjaan pejuang sebagai wakil ke Galas.
Ketua PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 sentiasa mengingatkan agar sedikit sumbangan wajar dihulur kepada sesiapa wakil ke PRK Galas terutama ahli Cawangan sendiri.
Sumbagan bertali-arus melalu ahli-ahli PAS di Taman Seroja, Taman Anggerik 5, PAS Cawangan Penaja Taman Kesumba dan Taman Anggerik 1,2 dan 3. Begeti juga ahli-ahli di Taman Kemboja, Taman Bakawali dan Taman Telipot dan Taman Widuri.
Begitu juga setiap hari ada sahaja wakil dari Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan sekitar Batangkali dan keseluruhan Hulu Selangor memberi sumbangan tenaga ke sana.
Mana taknya dimasa SPR menyusahkan kita di mana hari penamaan calun sahaja dibuat pada hari Rabu iaitu hari bekerja dan kini hari mengundi juga dilakukan pada hari Khamis yang juga hari bekerja.
No comments:
Post a Comment