Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, October 31, 2010

TUN M MAHU NAJIB AKUR SUARA RAKYAT BUKAN BUAT KELAB MAKSIAT & BANGUNAN 100 TINGKAT

Warisan Merdeka: Tun M nasihat ikut pandangan rakyat

PUTRAJAYA 29 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) hari ini menasihatkan kerajaan supaya mengikut pandangan masyarakat umum mengenai pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat di Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan parti pembangkang yang melabelkan pembinaan bangunan pencakar langit itu sebagai mengulangi kesilapan dalam pembinaan Menara Berkembar Petronas.

"Tak tahulah, pembinaan Menara Berkembar itu salahkah? Kalau ia salah, maka salahlah yang ini (Menara Warisan Merdeka).

"Saya buat satu (pencakar langit) sahaja dan itu pun orang kata membazir," katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap pada Persidangan Perniagaan Muda Asia Pasifik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2011 mengumumkan bahawa Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan membina projek bersepadu melibatkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang turut terletak di kawasan yang sama.

Projek bernilai RM5 bilion dan dijangka siap pada 2015 itu bagaimanapun menerima bantahan daripada parti-parti pembangkang.

Sementara itu, Mahathir berkata, kerajaan perlu berani untuk mencuba produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan tempatan.

"Jika kerajaan memberi peluang kepada usahawan tempatan, maka saya pasti lebih banyak produk yang inovatif akan dapat dihasilkan untuk memenuhi pasaran yang ada," katanya

No comments: