Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, October 16, 2010
PATUTLA KENA ISA? ORANG BESAR!
Kalau Ketua Pengarah dituduh rasuah maka akan kena ISA, Kalau polis curi dadah akan dikenakan tindakan tatatertib jer.
KUALA LUMPUR – “Saya bersyukur, proses mencari keadilan di mahkamah kini selesai.” Demikian luahan bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Mohd. Don selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan menerima suapan RM60,000 bagi urusan pengeluaran visa kemasukan pekerja asing, dua tahun lalu.
Wahid, 57, yang akan menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada November ini juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang memberikan sokongan sepanjang perbicaraan kes itu.
Terdahulu, Hakim Rosbiahanin Ariffin memutuskan Wahid tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.
Wahid didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Ogos 2008 atas tuduhan menerima suapan RM60,000 bagi mempercepatkan kelulusan permohonan visa 4,337 pekerja Bangladesh untuk masuk ke negara ini.
Dia didakwa menerima rasuah tersebut daripada ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian di kediamannya di No. 3167, Jalan Lembah Ledang persimpangan Jalan Duta di sini kira-kira pukul 10.15 malam 10 Julai 2008.
Berdasarkan pertuduhan, wang suapan itu merupakan sebahagian daripada pembayaran upah bagi mempercepatkan proses permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) bagi warga Bangladesh terbabit.
Posted by RAKYAT MARHAEN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment