Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, October 17, 2010

OH I SEE KATA RAJA MTUC


Nampaknya wakil MTUC hanya dapat jadi yes man dalam ahli lembaga KWSP.Rupanya Rajasekaran macam jadi penasihat sahaja.Sewajarnya Raja desak agar KWSP katadua agar sekiranya pelaburan luar negara dilakukan pastikan pencarum dapat dividen lebih tinggi. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersedih bila semasa awal Tun Mahatir memerintah dan sebelumnya, pekerja dan kakitangan kerajaan dapat 7% dividen. Tetapi , sekarang berapa? Masa negara tak gemilang dapat 7% KWSP maka kenapa sekarang tak sampai 5%?
KUALA LUMPUR, 16 Okt — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini dibolehkan membuat pelaburan sehingga 20 peratus di luar negara agar “berhati-hati” kerana pasaran global lazimnya amat tidak menentu.
Setiausaha Agungnya G. Rajasekaran berkata, MTUC sebagai badan induk yang mewakili kepentingan pekerja tidak pasti sama ada keputusan kerajaan untuk membenarkan KWSP menaikkan kadar pelaburan asingnya kepada 20 peratus sesuai atau tidak pada masa sekarang. Dalam Bajet 2011 diumumkan semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan langkah menaikkan kadar pelaburan KWSP di luar daripada tujuh peratus kepada 20 peratus.
“Ketika krisis ekonomi 2008, impak ke atas syarikat-syarikat besar adalah sangat serius di Eropah dan Amerika Syarikat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan mengulas kandungan Bajet 2011.
MTUC juga merupakan salah satu anggota dalam lembaga KWSP.
Oleh itu kata beliau, meskipun kerajaan membenarkan had baru itu panel pelaburan KWSP perlu dikenakan syarat agar mereka lebih berhati-hati dalam soal pelaburan di luar negara.
Dalam kenyataan dikeluarkan, MTUC juga tidak bersetuju sekiranya syarikat-syarikat insurans mengurus dana pencen kerana pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa mereka amat mementingkan keuntungan dan tidak memberikan perhatian yang sepatutnya kepada keperluan pekerja.
jjj
Rajasekaran (gambar) juga berkata lebih tiga juta pekerja sektor swasta akan mendapat manfaat daripada langkah kerajaan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara yang dipertanggungjawabkan menentukan kadar dan mekanisma penetapan gaji minimum.
Beliau berkata tuntutan MTUC berhubung penetapan gaji minimum sudah berlarutan sejak 60 tahun lalu, dan kini ia akan direalisasikan.
Najib mengumumkan kerajaan akan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk menjadi platform utama dalam penetapan upah golongan pekerja.
Rajasekaran menjelaskan perkara itu sudah lama dinantikan dan ia pasti akan dapat membantu golongan pekerja, terutama di kalangan pekerja miskin.
Menurutnya soal selidik kerajaan baru-baru ini mendapati bahawa kira-kira 34 peratus pekerja kini berpendapatan RM700 sebulan, iaitu di bawah paras RM720 yang ditetapkan sebagai garis kemiskinan.

No comments: