Ni baru kat UMNO Terengganu, belum kat UMNO negeri lain. Ini baru guna bajet Terengganu belum guna bajet Persekutuan. Rakyat Terengganu khususnya rakyat Terengganu dan rakyat Malaysia amnya kita nak beritahu kununnya pimpinan UMNO tertinggi moral tinggi dan yang teruk pimpinan UMNO bawahan.
Tetapi yang seboar-bonarnya nilai rasuah pimpinan atasan lagi tinggi dan ada klas kononnya.
KUALA TERENGGANU, 16 Okt: Ketua Umno cawangan di Dun Wakaf Mempelam yang juga Pengerusi Jawarankuasa Kemajuan dan Kebajikkan Kampung (JKKK)menghadapi pertuduhan menipu bekalan makanan dan minuman majlis berbuka puasa. Kes beliau dibicarakan di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu baru-baru ini.
Tertuduh, 56 hadir di Mahkamah diringi pegawai SPRM dengan memakai baju kemeja berlengan panjang dan berseluar slack hitam.
Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM, Syafinaz Shabudin di hadapan hakim Mahkamah Sesyen,Tuan Azman Mustapha.
Mengikut kertas pertuduhan, pada 24 oktober 2005 lalu, di pejabat Daerah Kuala Terengganu, dengan disedari telah memberikan seorang ejen iaitu seorang pembantu Tadbir (Kewangan) Pejabat Daerah berkenaan satu dokumen iaitu pesanan kerajaan nombor yang mana prinsipalnya mempunyai kepentingan mengenainya dan mengandungi butiran yang palsu.
Iaitu mengenai pembekalan makanan dan minuman untuk juadah majlis berbuka puasa di empat surau iaitu Surau Tok Jamal, Surau Haji Ahmad, Surau Gong Pauh Kiri, Surau Pok Babok pada tahun 2005, yang sebenarnya pembekalan itu tidak dilakukan oleh tertuduh.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 11(C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama dengan hukuman penjara tidak kurang 14 hari, tidak lebih dua tahun atau denda 10 kali ganda nilai suapan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Hakim mahkamah menetapkan 9 november depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut dan membenarkan tertuduh melantik peguam serta tertuduh dibenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment