Yang teman tau, Soosai ni pernah jadi orang hilang di India, tapi boleh timbul semula tapi rupanya hilang buat hal dengan membunuh dan menipu. Memang nasib baik dia hilang di India, kalu hilang di Malaysia iaitu di Banting 'for sure' kulluhum orang tua-tua kata.
Polis India Dakwa Michael Soosai Minggu depan.
CHENNAI, 2 OKT: Polis di selatan India telah mengumpul bukti kukuh untuk mendakwa Michael Soosai, yang terkenal kerana kegiatan penipuannya, atas tuduhan membunuh seorang pemandu lori berasal dari Malaysia di Chennai pada 2004.
Soosai, 47, yang menjadi buruan polis Malaysia dan Interpol selama hampir satu dekad, dipercayai membunuh N. Subramaniam di Cheyyur, berhampiran daerah Kanchipuram, Tamil Nadu, berikutan perbalahan keluarga.
"Semua proses mahkamah sedang diambil dan Soosai akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi. Mungkin dalam masa seminggu lagi," kata Penolong Pesuruhjaya Polis M. Selvarajan kepada Bernama hari ini.
Polis bandar raya ini telah menjalankan siasatan lanjut tentang kegiatan jenayah Soosai, yang ditangkap di sebuah hotel di Chennai pada awal September tahun ini bersama isterinya Rajeswari.
Apabila polis menggeledah rumahnya di negeri Andra Pradesh baru-baru ini, tempat di mana Soosai menjalankan kegiatan penipuannya, para penyiasat menemui lebih banyak dokumen palsu.
"Kami menjumpai tiga sijil kelahiran anak-anaknya, yang semuanya dipalsukan. Dokumen ini kononnya dikeluarkan Pihak Berkuasa Perbandaran Hyderabad, tapi apabila kami buat pemeriksaan, semuanya palsu.
"Namanya dalam sijil kelahiran ialah Rajasingam. Kami juga sedang menyiasat akaun banknya dengan sebuah bank India di sini," kata pegawai polis itu.
Polis Coimbatore berkata Soosai telah mendapatkan khidmat seorang peguam India dan memohon dibenarkan diikat jamin, tetapi ditolak oleh mahkamah.
"Kami membantah keras permohonannya untuk diikat jamin, dia ada enam kes, lima perbuatan menipu dan satu melakukan pembunuhan," kata Selvarajan.
Soosai dan Rajeswari masih ditahan di penjara Coimbatore.
Lelaki berkenaan dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia kerana melakukan sekurang-kurangnya 20 kes penipuan, kebanyakannya melalui pemalsuan cek.
(Bernama)
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment