Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, October 2, 2010

GEMPAR ! UMNO PP GEMPOR TERIMA WANG JUDI

Memang benar kata orang tua-tua kalau memakan rezeki atau wang haram menyebabkan pintu hati akan gelap. Sebenarnya itulah ajaran dari Islam.
Syabas diucapkan kepada sesiapa yang menolak wang dari judi . Cuma 50 warga emas dan kununnya tambah 70 warga emas lgi di PP (Pulau Pinang)yang telah mengembalikan semula wang yang diberikan kepada mereka oleh kerajaan negeri menerusi projek membantu kemiskinan kerana ia disyaki teman ulang DISYAKI atau ada orang cucuk kerana dengaki? Dengki dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang menjiwai hati rakyat.

Apa yang dilakukan oleh warga emas itu menunjukkan pendirian umat Islam. Mereka tidak mahu bersubahat dalam apa saja yang boleh merosakkan akidah mereka. Segala amal ibadat lain akan terbatal kalau diri seseorang itu masih bergelumang dengan maksiat dan judi. Jadi langkah warga emas itu setidak-tidaknya merupakan protes bahawa perjudian harus ditentang kerana ia haram dari sisi agama Islam.

Bagaimana pun tindakan itu tidak cukup setakat dilakukan warga emas berkenaan saja. Itu adalah permulaan. Kalau ia serius tindakan lanjut perlu dilakukan oleh mereka. Dalam hal ini pihak yang menguruskan pengembalian wang itu iaitu Umno. Dan bukan saja warga emas harus menolak wang judi golongan muda juga wajib berbuat demikian.

Sampai masanya Umno negeri lain seperti Negeri Johor, Perak, Melaka , negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak menolak sebarang aktiviti berunsur judi dan pemberian lesen atau permit berjudi.
Kerajaan Pahang terutamanya harus ada pelan induk, jangkamasa panjang bagi menutup Genting Hghland dari aktiviti perjudian.

UMNO perlu pertikaikan wang gaji dan bonus dan elaun yang diterima oleh Yayasan Noh, Pengerusi Genting dan pekerja muslimnya.
Mereka semua ini wajar menurut nasihat Ketua Penerangan Pemuda UMNO Reezal Merican agar memulangkan wang yang ada unsur judi malah terang lagi bersuluh.

UMNO Selangor wajar malu dengan Reezal Merican di mana ramai pekerja Islam di Kilang Calsberg (sejenis arak yang diharamkan Islam) masih bekerja sejak bertahun-tahun lamanya tanela oleh Parti yang sepatutnya dipanggil PEKEMBAR yang kununya pejuang Melayu.

Kebanyakan Pengurusan & kakitangan akhbar seperti Utusan Malaysia, Malay Mail, Star dan seumpamanya juga terlibat dengan subahat judi apataknya akbar mengambil wang dari syarikat judi yang mengiklankan keputusan ekor, TOTO dan sebagainya.

Kakitangan kerajaan dan pekerja yang mencarum KWSP juga terlibat dengan subahah wang judi dan arak dimana Pehak KWSP akui ada membuat pelaburan dengan syarikat tersebut.

Malah Tabung Haji yang dipercayai dan dihormati juga terlibat dengan pelaburan ke atas perniagaan yang meragukan dan meggambarkan pengurusan dan kakitangannya perlu memulangkan wang yang diperolehi kerana ada unsur judi.

,a ini. Molek kalau MB Pahang, Adnan Yaacob turut memantau apakah wang dari Genting itu jangan sampai turun ke bawah dan diberikan kepada warga emas atau kanak-kanak di Bentong atau Pekan. Umno Pahang kena pasti dan intai apakah ada wang Genting sampai dimakan oleh orang Islam Pahang atau tidak.

Begitu juga dengan institusi perjudian yang cambah di segenap bandar dan pekan negara ini. Kedai toto, lumba kuda, empat nombor ekor, pelacuran dan macam-macam lagi juga perlu dipantau. Umno kena bertindak dan berusaha agar segala institusi judi itu dihapuskan. Jangan hanya tegas dan serius di Pulau Pinang saja tetapi di negeri lain dibiarkan bermaharajalela.

1 comment:

puspawangi said...

demokrasi terpimpin!!!