Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, October 14, 2010

BAS DELIMA TERBANG VS BATU DELIMA JATUH DEPAN JURUKAMERA TIWI TIGA



JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata dipercayai delima, nilam dan zamrud tiba-tiba jatuh dari siling rumahnya, semalam.

BUKTI...Norizan menunjukkan batu permata yang jatuh di rumahnya, semalam. Lima daripada batu itu berwarna putih manakala dua lagi masing-masing berwarna biru dan hijau sebesar kira-kira duit syiling 20 sen.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika Siti Balqis dan ahli keluarganya berada di ruang tamu dan mereka terdengar bunyi benda jatuh dalam biliknya.
Selepas membuat pemeriksaan, mereka menemui sebiji batu delima di atas katil.
Manakala batu kedua pula jatuh jam 2.45 petang di ruang tamu, diikuti batu ketiga pada jam 3 petang.
Kira-kira 20 minit kemudian, sebiji lagi batu delima jatuh di hadapan seorang jurukamera TV3 yang sedang minum bersama kru rancangan Misteri Nusantara di ruang tamu dan terpelanting pada kameranya.
Dua biji batu lagi jatuh kira-kira jam 6 petang di ruang tamu dengan salah satu daripadanya berwarna biru dipercayai nilam. Kira-kira sejam kemudian, sebiji batu berwarna hijau dipercayai zamrud pula jatuh di ruang tamu.
Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, dia menyifatkan penemuan batu terbabit sesuatu yang luar biasa dan mungkin ada hikmahnya.
Katanya, semua batu berkenaan kini disimpan dalam bekas khas yang direndam dengan air Zam-Zam - metro

2 comments:

Anonymous said...

tenggelamlah bas delima,yang menonjol batu delima....jatuh dari kerajaan langit kot....yang batu delima tu nak berendam dalam air zam2 kah?.bangsaku masih tak merdeka diri dari belenggu khurafat.Sesungguhnya tipu daya syaitan itu amat licik,bimbangnya sekiranya kita mati dalam keadaan sesat.

mamawana said...

Salam...

Bgmn pula kalu duit jatuh berketul ketul dari langit, atau sekejap2 berketul bawah bantal, sekejap seketul jatuh depan mata??? Fikir2.