Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, September 6, 2010

SEBELUM JUAL , PASTIKAN DAERAH SENDIRI ADA AIR

Sebelum ini dalam keghairahan BN untuk runtuhkan Kerajaan Pakatan rakyat di Selangor, heboh dengan projek ekspot air Pahang ke Selangor di arah teruskan, kununnya air di Selangor akan habis. Kalau dikirakan masa yang akan datang bolehkah kita tahu? sedangkan masa ini memang terjadi dan dah berlaku kekurangan air di bberapa daerah di Pahang.

Peneroka Purun, Kumai dapat air menjelang Aidilfitri

BERA: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) membekalkan 5,000 botol air mineral, empat lori tangki dan 20 tangki statik mudah alih kepada 120 peneroka di FELDA Purun dan Kumai, dekat sini sebagai langkah mengurangkan masalah mendapatkan bekalan air bersih menjelang Aidilfitri.

Pengurus Besar Operasi dan Penyelenggaraan SYABAS, Yusof Saroji, berkata pihaknya juga menyediakan 60 sukarelawan untuk menjayakan program penghantaran air ke rumah peneroka terutama di kawasan tinggi.
Katanya, pihaknya simpati dengan masalah dihadapi peneroka kedua-dua tanah rancangan berkenaan untuk mendapatkan bekalan air bersih terutama menghadapi Ramadan dan Aidilfitri.

“Usaha membekalkan air bersih kepada peneroka ini dilaksanakan dengan kerjasama Gerakan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang prihatin dengan masalah dialami peneroka.

“SYABAS akan bekerjasama dengan Jabatan Bekalan Air (JBA) Bera untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk dihantar ke rumah peneroka,” katanya selepas majlis penyerahan bantuan bekalan air di FELDA Purun, dekat sini, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bera, Norol Azali Sulaiman dan Pengarah Besar FELDA Wilayah Mempaga, Jahya Zainal.

Beliau berkata, jangka masa program bantuan agihan air bersih kepada peneroka di kawasan FELDA itu belum diputuskan dan pihaknya akan memantau keperluan peneroka.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi GWGF, Datuk Abdulah Bakar berkata, program berkenaan dapat membantu meringankan beban peneroka bagi menangani masalah mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian.

“GWGF mengharapkan JBA mengadakan perbincangan dengan agensi pembangunan daerah supaya membuat permohonan untuk membaiki dan menaik taraf paip di tanah rancangan berkenaan” katanya.

Sementera itu, Ketua Peneroka FELDA Mayam, Ahmad Johari, 63, berkata penduduk berterima kasih kepada GWGF dan SYABAS yang prihatin dengan memahami masalah mereka.

“Selama ini, peneroka terpaksa mendapatkan bekalan air bersih di sungai yang jauhnya lebih 10 kilometer untuk keperluan harian,” katanya.

“Saya yakin dengan bantuan ini dapat membantu mengeratkan hubungan masyarakat dengan agensi pembangunan di negara ini” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

No comments: