Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, September 6, 2010

CADANGAN YANG BAIK

Cadangan Cuti Hari Jumaat kepada kerajaan Selangor
Hari ini mungkin Jumaat terakhir dalam Ramadhan tahun ini. Bersempena Hari Jumaat ini ingin dipanjangkan cadangan untuk mengubah cuti mingguan dari hari Ahad ke hari Jumaat.

Dengan ini dibawa cadangan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengubah cuti mingguan dari Ahad kepada Jumaat.

Alasan :

1. http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=955 link tersebut mengandungi fatwa Mufti Perlis yang secara jelas menyebut cuti hari Jumaat digalakkan dalam Islam

2. Islam tak menetapkan cuti harus pada mana – mana hari tetapi seeloknya cuti pada Hari Jumaat kerana keistimewaan hari tersebut kerana dalam hari Jumaatlah diperintahkan ibadat khusus dan Jumaat digelar penghulu segala hari dengan perbagai keistimewaan.

Bersumber dari Abu Hurairah radliallahu `anhu bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam mengatakan:
“Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam alaihis salam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula.”(HR. Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkannya. Lihat Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jumaat)

3. Dengan memberikan cuti pada hari Jumaat maka memberikan ruang yang lebih untuk umat Islam melaksanakan ibadat khusus 'solat sunat Jumaat' dengan penuh rohnya.

Roh semangat sembahyang Jumaat seharusnya :Jemaah sesebuah kariah berkumpul membincangkan masalah setempat dan khatib menggulungkanya dalam bentuk nasihat dan panduan Malangnya kini masyarakat melaksanakan hanya cukup syarat terkejar – kejar keluar pejabat berebut waktu makan bekejar untuk bersolat malah ada yang keletihan dan tidur. Sudah tentu yang bekerja tidak pulang ke kariahnya untuk mengerjakan ibadah Jumaat. Ini sudah meninggalkan roh solat Jumaat memberikan ruang bertemu sesama anak kariah.

4. Solat Jumaat juga seharusnya diberikan ruang untuk ayah menjalinkan hubungan rapat dengan anaknya. Jika dijadikan tradisi dari awal sebelum Jumaat makan tengahari bersama keluarga dan kemudian anak serta ayah bersiap untuk ke masjid. Ini suasana yang hampir tidak ada dalam keluarga kita semua. Mana mungkin ini semua dilakukan jika kita semua terkejar – kejar hari Jumaat.

5. Dari aspek produktiviti cuti hari Jumaat lebih menjamin produktiviti. Bayangkan jika Hari Jumaat waktu rehat akan bermula 12.30 tengahari – 2.30 petang. Bukan satu yang rahsia juga ramai yang keluar awal sikit dan balik lewat sikit dengan perbagai alasan. Bayangkan jika hari Jumaat terus diberi cuti dan hari Ahad boleh bekerja sepanjang hari tanpa gangguan.

6. Cuti hari Jumaat juga menggalakan perbagai ibadah sunat malam Jumaat.

7. Cuti Ahad di negeri berjiran dengan Selangor akan sedikit memberikan sumbangan kepada Selangor yang bekerja pada Hari Ahad. Mereka yang duduk di negeri berjiran dengan Selangor akan membanjiri Selangor untuk perbagai urusan kerana Selangor hari bekerja pada hari Ahad. Ini sedikit sebanyak akan memberikan suntikan ekonomi dari perbagai segi.

Cadangan Pelaksanaan

1. Dengan perubahan cuti Hari Jumaat maka dicadangkan Jumaat dan Sabtu diumumkan cuti sepenuhnya. Jumaat untuk ibadat dan Sabtu hari keluarga.
2. Kerja 5 hari seminggu akan secara tidak langsung meningkatkan kualiti mutu hasil kerja kakitangan kerana lebih bebas tekanan kerja. Mengenai waktu kerja sedikit perubahan waktu masuk dan keluar kerja mungkin boleh dilakukan.

4. Cuti ini boleh dilakukan dengan pelaksanaan ke atas agensi di bawah Kerajaan Negeri dahulu.

Hasilnya

1. Sokongan Melayu dan Islam akan meningkat dan menempelak Barisan Nasional mengenai perbagai tuduhan sonsang mereka terhadap kerajaan Negeri. Ini akan menjelaskan tindakan penukaran cuti mingguan Jumaat ke Ahad yang dilakukan oleh Kerajaan Bn Johor dibawah Timbalan Perdana Menteri sekarang ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor adalah salah.

2. Dari sudut bukan Islam pula cuti hari Jumaat dan bekerja 5 hari seminggu ini harus diperlihatkan dari sudut penggalak hubungan keluarga dan mewujudkan lebih masa bersama keluarga. Aspek produktiviti dan tumpuan kerja juga harus diperlihatkan.

3. Percaya dan amat yakin pengumuman cuti dari Ahad ke Jumaat akan memperlihatkan lonjakan sokongan kepada Kerajaan Selangor.

Tambahan


Untuk melihat keberkesanan , cara pelaksanaan dan kesanya terhadap pentadbiran tidak perlu berbelanja banyak cukup dengan pergi ke Kelantan ambil contoh dan perbagai perbagai kekurangan jika wujud.

No comments: