"Mana keuntungan saya"? Itulah suara2 pentadbir dan orang2 politik di waktu zaman BN dan "awak orang ummmm atau PEKEMBAR?" waktu zaman PAKATAN.... Sehingga lupa APAKAH TANGGUNG JAWAB + AMANAH sebagai pemerintah + pentadbir.
Bukan 5 tahun terbengkalai tetapi hampir 25 tahun... Itulah projek yang Exco Perumahan Pakatan Rakyat Selangor perjuangkan... Orang membeli, orang membayar penuh...tapi belum dapat rumah.
Hanya setelah Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor terdapat usaha yang bersungguh untuk memulihkan projek-projek terbegkalai.
Terbukti apa yang Pakatan Rakyat capai dalam masa 2 1/2 tahun lebih baik dari BN dalam masa 10 tahun dari segi menyelesaikan perumahan terbengkalai.
Walaupun BN ada Kementerian Perumahan dan Kementerian Kewangan malah ada Kementerian Pengguna namun itu semua tidak dapat selesaikan masalah kes terbengkalai.
Lihatlah Di Bukit Botak, Selayang contohnya masalah 20 tahun telah hampir selesai. Di Ukay Bistari, kemajuan di bawah pemantauan Task Force lebih 2 kali ganda dari sebelum ini. 146 unit rumah kos rendah telah juga diserahkan kunci pada Februari lepas. Fakta-fakta ini terang dan jelas dan tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Tetapi mungkin ada yang buat-buat tidak nampak.
Walau bagaimanapun pembeli-pembeli rumah telah menunggu begitu lama, ada yang lebih dari 5 tahun. Oleh itu tahap kesabaran mereka adalah terlalu rendah. Mereka mahu rumah mereka dengan segera. Tetapi untuk memulihkan mengambil masa yang lebih sedikit dari biasa.
Terdapat pembeli apabila melihat pemulihan mengambil masa yang lebih sedikit akan melemparkan pelbagai tohmahan kepada Kerajaan Negeri. Tidak buat kerja, penipu dan banyak lagi. Kami memahami tindakan mereka ini. Mereka telah merana dan menderita begitu lama.
Tetapi mereka lupa yang masalah ini diwarisi dari orang lain maka memerlukan masa. Tetapi mereka tidak peduli. Kemarahan mereka akan ditujukan kepada kerajaan sekarang.
Sekarang rakyat wajar memahami kenapa Kerajaan BN Selangor sebelum ini PRU12 tidak ada rancangan yang bersungguh-sungguh untuk membantu memulihkan projek-projek terbengkalai.
Kalau dibantu dan lambat, sudah tentu akan dihentam. Kalau tidak dibantu memanglah akan dihentam. Mungkin pendapat mereka kalau kedua-duanya kena hentam maka lebih baik tidak berbuat apa-apa. Masa dan tenaga boleh digunakan untuk perkara-perkara lain. Buat apa tolong!
Tetapi sikap Pakatan Rakyat adalah berbeza. Kita mesti membantu walau apa yang dilemparkan kepada kita.
Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati dengan apa yang dilakukan. Memahami apa yang terpaksa kita hadapi. Tetapi terdapat yang mahu Kerajaan Negeri menyuntik dana ke dalam projek mereka. Mungkin RM15 juta, mungkin RM20 juta.
Kerajaan Negeri tidak menggunakan pendekatan menyuntik wang ke dalam mana-mana projek terbengkalai macam BN lakukan. Kerajaan Negeri atau dengan lebih tepat lagi Task Force bertindak sebagai fasilitator. Menjadi penghubung di antara pihak-pihak yang terlibat.
Kalau Kerajaan Negeri mahu menyuntik wang ke dalam satu projek, ini bermakna Kerajaan Negeri perlu menyuntik wang ke dalam semua projek. Jumlahnya akan melebihi RM1 billion. Bajet tahunan Selangor adalah hanya RM1.5 billion!
Tidak adil jika Kerajaan Negeri memberi suntikan wang kepada sesuatu projek semata-mata kerana pembeli-pembelinya atau wakil pembelinya pandai mendapatkan publisiti atau mempunyai “contact” dengan “orang-orang besar”.
Tetapi projek-projek lain di mana pembeli-pembelinya merupakan mereka yang berpendapatan rendah atau tidak ada “contact”, kita tidak diberikan suntikan wang.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment