Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, September 18, 2010

HAKIM CULAS ADA KELAS, HAKIM ADIL DIBEDIL?

Sebuah ucapan mengenai “kesihatan” badan perundangan negara oleh seorang bekas Hakim Mahkamah Persekutuan semalam gagal mendapat ruang dalam media arus perdana hari ini , mungkin untuk menutup mulut tokoh berkenaan.
Namun ucapan Gopal Sri Ram menzahirkan sentimen umum rakyat Malaysia, iaitu badan kehakiman di Malaysia semakin condong mempertahankan kepentingan kerajaan dan bukannya menegakkan keadilan.
Bagi seorang hakim yang baru bersara Febuari lalu, Sri Ram agak berani untuk tampil di sebuah forum awam mengenai integrasi nasional bagi menyatakan pandangan beliau.
Tentunya beliau terikat dengan kerenah birokasi dan tata tertib untuk tidak menyatakan pendiriannya itu ketika masih menjadi Hakim. Namun “kelewatan” itu tidak harus menghakis kepentingnan apa yang diluahkan oleh hakim berkenaan berasaskan pengamatan dan pemerhatian beliau.
Sri Ram berkata badan kehakiman kini bertindak seolah-olah mereka di bawah telunjuk kerajaan.
“Badan Kehakiman kelihatan ghairah untuk membantu eksekutif….dan apabila anda sanggup melenturkan undang-undang untk membantu Eksekutif , ia akan mengakibatkan keputusan-keputusan yang tidak masuk akal,” kata Sri Ram.
Beliau seterusnya memberikan beberapa contoh keputusan mahkamah diubah menerusi Mahkamah Persekutuan supaya disesuaikan dengan kepentingan kerajaan persekutuan.
Sejak tahun lalu, beberapa pakar undang-undang dan bekas hakim mempersoalkan keghairahan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengubah keputusan membabitkan kes bersabit rampasan kuasa di Perak dan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat yang lebih menjurus kepada konspirasi politik.
Sri Ram menegaskan bahawa badan kehakiman bertanggungjawab mempertahankan Perlembagaan Negara dan kepentingan minoriti di Negara ini.
Sri Ram adalah peguam yang julung kali dilantik untuk terus menjadi Hakim Mahkamah Rayuan hampir 16 tahun lalu.
Tetapi oleh kerana ketegasannya untuk tidak bertolak ansur, beliau dikatakan tidak dipilih menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sehingga tahun lalu, beberapa bulan sebelum bersara

No comments: