Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, August 2, 2010
MEMANG MURAH, APA YANG MASUK KE MALAYSIA AKAN JADI MAHAL
Komen Teman : Sepatutnya harga murah di luar negara akhirnya akan menjadi mahal bila masuk ke Malaysia contoh kereta yang dipasng di Thailand pun akan jadi mahal.Tak usah cakap yang luar, air dan api serta petrol yang dikeluarkan sendiripun jadi mahal .
MUMBAI 23 Julai – Ia kelihatan seperti iPad tetapi dijual pada harga 14 kali lebih murah berbanding produk keluaran Apple tersebut.
India hari ini mendedahkan prototaip komputer tablet skrin sentuh berharga AS$35 (RM112) yang disasarkan untuk golongan pelajar dan diharap dapat dipasarkan pada tahun depan.
Jika kerajaan dapat mencari pengeluar, komputer dengan sistem operasi Linux itu merupakan siri terbaru dalam inovasi ‘termurah di dunia’ dalam pasaran India.
India setakat ini telah mengeluarkan kereta termurah, Tato Nano berharga 100,000 rupee (RM6,833), pembersih air termurah serendah 749 rupee (RM51) dan pembedahan jantung termurah sebanyak AS$2,000 (RM6,413).
Tablet itu mempunyai fungsi memproses perkataan, pelayaran Internet dan sidang video. Ia juga mempunyai pilihan kuasa solar yang penting di kawasan pedalaman India kerana masalah bekalan elektrik, selain beberapa tambahan lain yang menambahkan lagi kosnya.
“Ini adalah jawapan kami kepada komputer bernilai AS$100 (RM321) keluaran Massachusetts Institute of Technology (MIT),” kata Menteri Pembangunan Sumber Manusia, Kapil Sibal kepada majalah Economic Times semasa mendedahkan gajet berkenaan semalam.
Pada 2005, Nicholas Negroponte yang merupakan pengasas bersama Makmal Media MIT mengumumkan komputer riba bernilai AS$100 (RM321) untuk kanak-kanak di negara membangun, namun India menyifatkannya terlalu mahal dan memulakan usaha mencipta versi yang lebih murah.
Komputer riba Negroponte akhirnya dijual pada harga AS$200 (RM642), namun pada Mei lalu pertubuhan bukan berasaskan keuntungan miliknya, One Laptop Per Child, mengumumkan rancangan untuk melancarkan komputer tablet asas berharga AS$99 (RM317).
Dia berharap kos tablet ini diturunkan lagi kepada AS$10 (RM32).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment