Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, July 29, 2010

S Subramaniam Sahkan Saham Haram PERKESO dulu memang ada !


KUALA LUMPUR 28 Julai - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak lagi mempunyai pegangan saham di dalam syarikat minuman keras, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad (Carlsberg).
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, semua saham berkenaan telah dijual baru-baru ini berikutan keputusan agensi kerajaan itu April lalu untuk melupuskan saham sedemikian.
"Pada masa ini, Perkeso tidak mempunyai saham di dalam syarikat terbabit walaupun pada satu ketika memang ia telah membeli saham syarikat ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi peringkat kementeriannya pada sidang Dewan Negara hari ini.
Pada sesi perbahasan sebelum itu, Senator Mumtaz Md. Nawi meminta kementerian memberi penjelasan sama ada Perkeso masih lagi mempunyai pegangan saham dalam syarikat Carlsberg.
Dalam pada itu, Subramaniam menjelaskan, Perkeso pada masa hadapan tidak akan membeli saham dalam syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan yang haram di sisi agama seperti arak dan perjudian.

No comments: