Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, July 29, 2010

TERHINA ? GURU BUKAN SISWAZAH TAK LAYAK BERPOLITIK !

Semestinya ujud pro dan kontra dengan LANGKAH kerajaan membenarkan guru siswazah Gred DG41 hingga DG 48 boleh aktif dalam politik. Pakatan Rakyat (PR) akan setuju sekiranya guru yang terlibat tidak dikongkong atau didisiplinkan dengan surat akuan atau surat kebenaran berpolitik dan PR tidak setuju jika sebaliknya.
Sudah tentu perkara ini akan dilihat sebagai strategi BN/UMNO untuk mengukuhkan kedudukan mereka yang dah terdesak sangat.
Di hati kecil guru-guru yang tidak berijazah akan terasa mereka seolah-oleh dihina tidak layak untuk bergiat berpolitik padahal ramai ahli politik UMNO tidak ada ijazah pun jadi kenapa mereka dianaktirikan. Kebanyakan guru semua sudah layak mengundi dan tidak wajar mereka dibeza-bezakan seolah-olah golongan guru tiada ijazah seperti guru yang bodoh.

Sebelum ini guru-guru siswazah dibenarkan aktif dan memegang jawatan dalam parti politik. Mulai tahun 1993 satu peraturan baru diperkenalkan di bawah Peraturan 21, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - di mana guru siswazah tidak dibenarkan memegang jawatan atau aktif dalam politik kecuali pegawai sokongan saja.

Peraturan itu dibuat untuk kebaikan perkhidmatan awam itu sendiri mungkin setelah mendapati guru-guru yang aktif dalam politik mengabaikan tugas mereka di sekolah. Kesannya merugikan pendidikan dan murid. Kenapa tidak, bila guru sudah terlibat dalam politik masa mereka banyak dihabiskan kepada politik. Atau terpaksa berpawah dengan politik. Malam berceramah siang bermesyurat atau menghadiri program parti. Ada kalanya tidak sempat nak ke sekolah malahan waktu inipun ramai guru ponteng kelas disebabkan banyak kursus atau seminar yang perlu dihadiri dan ini belum kira guru-guru yang sedang menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi agar mereka boleh berpolitik mulai 2010 1 Ogos ????

No comments: