PERMINTAAN Pengerusi SPRM, Abu Kassim Muhammad supaya menteri mengityharkan harta masing-masing hanyalahseperti menyalak bukit.Dari dulu lagi senarai harta para menteri tak pernah dipaparkan untuk pengetahuan rakyat. Sejak di zaman Mahathir Mohamad hingga la nie, tidak pernah jadi kenyataan.
Bila Zaid bersuara demikian kita sedia maklumlah natijahnya. Apakah Najib selaku PM bersedia untuk membincangkan perkara itu? Najib sendiri takut untuk mengistyharkan hartanya inikan pula anak buahnya.
Sudah dijangka BNtidak akan berani untuk mengitsyharkan harta masing-masing. Kalau mereka sanggup bermakna mereka ibarat mengikat tali jantung . Kenapa tidak, semua menteri kaya raya belaka. Bukan saja menteri isteri menteri yang pandai kutip tol dan komisyen juga kaya raya. Kalau tidak kaya masakan boleh membeli kasut berjuta ringgit, atau sekali belanja di Eopah mencecah jutaan ringgit hingga penuh sebuah helekopter. Kaya lah tu.
Harta masing-msing berbillion ringgit. Tengoklah kepada gaya hidup mereka, kediaman mereka dan kereta yang dipakai. Perbelanajan mereka melebihi daripada pendapatan. Kalau sesiapa berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak atau majlis sambut menantu menteri, cubalah nilai dan hitung berapa perbelanjaanya. Kalah majlis raja-raja Melayu dibuatnya.
Andaikan kabinet dan Najib setuju agar menteri dan dirinya sendiri mengistyahrkan harta, maka panas punggung dan tak tidur malam semua menteri dan bekas-bekas menteri.
Dengan cara itu saja kalau kita mahu melihat harta mereka diistyharkan. Kalau diharapkan kepada PM dan kabinet sampai kiamat dan hidup semula pun ia tidak akan berlaku.
BAGAN DATOH, 2 Ogos 10: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan meminta semua menteri mengisytiharkan harta kepada umum wajar diserahkan kepada Kabinet untuk membuat keputusan sama ada perlu dilakukan atau tidak.
“Mengikut amalan biasa isytihar harta hanya dimaklum kepada Perdana Menteri saja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadhan di Masjid Simpang Empat, Rungkup di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohammed supaya anggota Kabinet mengisytiharkan harta kepada umum.
Ahmad Zahid berkata perbincangan mengenai cadangan itu wajar diputuskan oleh jemaah Menteri bersama-sama dengan Perdana Menteri.
“Di zaman bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ada cadangan sedemikian tetapi semua menteri hanya menyerahkan borang isytihar harta untuk makluman Perdana Menteri ketika itu,” katanya. — Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment