Zeti Didesak Jelas Skandal Rasuah Cetak Mata Wang Libatkan Kroni Umno-BN
Oleh Rusnizam Mahat
SHAH ALAM 2 Ogos - Senator Tunku Abdul Aziz mahu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membersihkan nama baik institusi itu yang dikaitkan dengan dakwaan skandal rasuah mencetak mata wang negara yang didalangi oleh kroni Umno-Barisan Nasional.
Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya.
Lambakan wang kertas ini akibat pencetakan wang berganda akan menyebabkan nilai matawang negara jatuh dan bakal mengheret negara kepada inflasi kata Tunku Abdul Aziz.
Beliau berkata amalan rasuah kini sudah menular ke institusi kewangan negara sehinggakan tahap integriti dan urus tadbir BNM kini turut diragui.
"Sekarang, korupsi telah menguasai perjalanan pentadbiran di kedua-dua sektor; swasta dan kerajaan. Malang sekali buat negara kita, rasuah telah menjadi amalan hidup kita," ujar beliau ketika berucap dalam perbahasan Rancangan Malaysia ke-10 di Dewan Negara.
Beliau yang juga bekas pengerusi Transparency International Malaysia merujuk skandal berhubung komisyen bernilai RM11.4 juta yang diterima seorang usahawan tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas, Securency International dan Note Printing Australia.
Dua anak syarikat Reserve Bank Australia itu didakwa merasuah usahawan tersebut, yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno, yang bertindak selaku orang tengah bagi memenangi kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.
Skandal itu sebelum ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila syarikat itu dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di sebuah negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia. Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.
Naib Presiden DAP itu juga mempersoalkan mengapa kontrak percetakan mata wang negara yang membabitkan perbelanjaan awam itu dilakukan melalui pihak ketiga.
Tegasnya, Zeti sebagai pihak yang bertanggungjawab perlu memberi penjelasan berhubung isu itu.
"Saya kira, bagi berlaku adil serta melindungi nama baik dan reputasi beliau dan Bank Negara di mata dunia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu memberi komen terhadap laporan ini. Hanya dengan cara ini, beliau boleh menyelamatkan nama beliau.
"Kita tahu pihak berkuasa Australia telah membawa perkara ini kepada Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah bagi menyiasat dakwaan ini yang mana nilai rasuah dengan penglibatan agen bernilai sehingga A$47 juta.
"Persoalan yang kita ingin penjelasan ialah mengapakah perolehan awam seperti wang plastik RM5 ini kita memerlukan agen yang bertindak bagi pihak kerajaan?," soal Tunku Abdul Aziz yang terkenal dengan penulisan buku mengenai integriti dan perjuangannya menentang rasuah.
Menurut beliau, skandal kontrak mencetak mata wang negara itu menyerupai pembelian peralatan ketenteraan yang menjurus kepada amalan rasuah ratusan juta ringgit seperti mana yang berlaku dalam pembelian kapal selam Scorpene.
"Sekiranya pihak kerajaan serius dan jujur dalam mewujudkan sebuah negara yang bebas rasuah, 'accountable' dan telus maka kita perlulah mengamal serta menerapkan ciri-ciri sedemikian," ujar beliau.
Hanya ada 1 cara bagaimana skandal mega negara dari isu rasuah politik, pembunuhan altantuya, akta zalim Isa sehingga kepada unsur kebinatangan polis dan rasuah percetakan wang negara ini dapat dibongkar dan semua ajen puaka ini dapat dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman setimpal, dengan syarat seluruh pengundi dalam PRU 13 dapat memberi kepercayaan yang jitu 99 peratus untuk memilih parti Pakatan Rakyat untuk memerintah negara. Dari situ jika Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri maka tugas pertamanya adalah membersihkan PDRM, SPR, SPRM, menghapuskan Isa dan skandal mega yang lain. Lepas itu perhitungan harus dibuat dengan segala puaka yang berhutang dengan rakyat. Tengoklah samada puaka ini patut dipancung di depan khalayak dan bangkainya digantung di pintu-pintu gerbang kebebasan rakyat.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment