Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 3, 2010

BILA KETUA PEMUDA CAWANGAN LAWAN tauke ?


Khairy dinasihati tidak mendahului keputusan MT UMNO – Syed Mehdhar
KHAIRY Jamaludin perlu terlebih dahulu merujuk kepada Majlis Tertinggi (MT) sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kebenaran mahasiswa dan penyarah terbabit dalam politik.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Syed Mehdhar Syed Abdullah, perkara tersebut merupakan dasar parti dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak sewenang-wenangnya bercakap untuk memenuhi citarasa beliau.

“Khairy tidak sepatutnya mendahului keputusan MT UMNO dan walaupun ianya merupakan satu cadangan, maka eloknya dikemukakan kepada pucuk pimpinan, bukannya menerusi akhbar,” katanya.

Katanya, beliau selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan secara automatik menduduki kerusi MT UMNO sewajarnya mengemukakan cadangan dan buah fikiran beliau menerusi saluran parti.

Sebaliknya tegas beliau, tindakan tersebut turut memberi gambaran bahawa keseluruhan ahli-ahli pemuda UMNO bersetuju supaya mahasiswa dan penyarah kembali aktif berpolitik.

“Akibat daripada kenyataan beliau, kita di peringkat bahagian dan akar umbi menjadi serba salah apabila dihujani pelbagai pertanyaan, baik yang menyokong dan yang melemparkan kecaman menentang,” uajrnya.

Katanya, sebarang keputusan membenarkan mahasiswa dan pensyarah termasuk guru lepasan ijazah berpolitik harus dibincang dan diputuskan oleh MT UMNO bagi mengelak timbulnya persepsi negatif di kalangan ahli-ahli parti.

Syed Mehdhar kesal kerana kebelakangan ini apa jua isu yang menyentuh dasar parti terlebih dahulu diumumkan secara terbuka sehingga menimbulkan kekeliruan kepada rakyat.

Akibat daripada itu kata beliau, ahli-ahli parti di peringkat akar umbi melihat MT UMNO seperti tidak lagi berfungsi untuk memberi perhatian terhadap isu-isu penting termasuk kebenaran mahasiswa dan pensyarah berpolitik.

“MT UMNO merupakan badan tertinggi yang bertanggungjawab menggubal dasar sama ada untuk kebaikan parti dan kerajaan dengan mengambil kira kepentingan ahli keseluruhannya,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, selama ini parti-parti pembangkang telah berjaya menyusup masuk ke kampus-kampus untuk menanam politik kebencian di kalangan mahasiawa dan pensayah.

“Saya kecewa kerana Khairy mengeluarkan kenyataan yang membelakangi keputusan MT UMNO dan bimbang isu tersebut turut dieksploitasikan oleh pihak pembangkang,” tegasnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Khairy baru-baru ini yang dilaporkan mahu mahasiswa dan pensyarah dibenarkan aktif berpolitik dibuat secara terburu-buru.
kOMEN : mAAF BUKAN kETUA cAWANGAN TETAPI kETUA bAHAGIAN YE!
Posted by syed ali alhabshee

No comments: