Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 3, 2010

TANDATANGAN DARI BEKAS MB YANG MERANAKAN RAKYAT SELANGOR

Kerajaan Persekutuan harus ingat kemelut air di Selangor bermula apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dibenarkan menaikkan tarif air tanpa mengambil kira beban tanggungan rakyat yang masih merangkak di dalam kemelut ekonomi global.

Menurutnya, kerajaan BN yang di pimpin oleh Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo telah menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas dimana syarikat itu dibenarkan menaikkan tarif sehingga 37% pada 2009,
25% pada 2012,
20% pada 2015,
10% pada 2018
dan 5% pada 2021.

INGAT !! -> bekas MB Selangor iaitu YB Dr Khir Toyo telah tandatangan perjanjian kenaikan tarif yang akan menyesakkan dada rakyat Selangor yang susah.

“Jelas, Kerajaan Pusat bukan sahaja gagal untuk membantu rakyat Selangor untuk mendapatkan kemudahan air yang murah malah gagal pula mengambil tindakan ke atas Dr Khir yang telah memberi konsesi secara cuai kepada syarikat kroni.

Dr Khir sepatutnya merasa malu untuk bercakap soal kepentingan rakyat Selangor dalam apa-apa topik sekalipun, baik air mahupun pasir kerana kecuaiannya telah menghalang hak rakyat Negeri Selangor daripada mendapatkan pekhidmatan air yang terbaik,” katanya..

Tambahnya, akibatnya Kerajaan Pakatan Rakyat hari ini terpaksa berhadapan dengan syarikat konsesi yang tamak dan berani menuntut jumlah yang terlampau jika Kerajaan Negeri mahu mengambilalih pengurusan air Selangor yang bertujuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik dengan harga yang berpatutan kepada rakyat.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri menggesa agar mendeklasifikasikan dokumen perjanjian air dan segala laporan audit yang berkaitan agar rakyat tahu perkara yang sebenar. Kerajaan Persekutuan harus melihat perkara ini dengan serius apabila membincangkannya di dalam mesyuarat kabinet Rabu ini,” katanya.

Kita sebagai rakyat Selangor patut sokong Kerajaan Negeri Selangor yang secara langsung tidak gentar dengan ugutan saman mahkamah RM1 billion yang dilakukan oleh Syabas walaupun mereka mendapat sokongan Kerajaan Pusat.

Sebaliknya katanya, Kerajaan Negeri sentiasa membuka pilihan untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Syabas di atas kegagalannya memenuhi perjanjian konsesi dengan penuh tanggungjawab yang telah mengakibatkan kerugian tidak kurang dari RM8 billion.

‘Kerajaan Negeri akan terus mengambil langkah-langkah wajar untuk memberi kefahaman kepada rakyat Selangor bagaimana kerajaan terdahulu telah menganiaya rakyat melalui pemberian konsesi kepada syarikat kroni ini.

‘Kita yakin rakyat Selangor menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri mempertahankan hak air ini dan sentiasa mendoakan kejayaan kita,” katanya.

3 comments:

ghostWRITER said...

kau tahu kenapa SYABAS mahukan tarif air dinaikkan? Bagi menampung bajet untuk membaik pulih paip dan menggantikkan paip air..nak air bersih tapi nak murah.. Kerajaan Negeri Selangor yang melampau enggan beri kerja sama projek interstate pemasangan paip bagi mengelakkan krisis air di Selangor, KL dan Putrajaya kau tak jawab? Tulis sikit penjelasan...

Anonymous said...

Wahai penulis hantu, kamu tahu alasan Syabas naka ganti baru paip berlaku dan lahir masa tahun 1999 semasa Khir Toyo jadi MB dan beliau kata kenaikan harga adalah untuk menggantikan paip lama. Lepas tu tah brapa kali naik kamu tau ke? Ngok ?

Pencinta Air said...

Ini bukan masa utk menunding jari. Ye, kita akui itu adalah kelemahan rejim UMNO pimpinan Khir Toyo.

Dlm masa yg sama, kita blh minta Khir nyatakan sebab kenapa ia perlu dinaikkan pd thn2 tersebut, walaupun pd hakikatnya ia semakin menurun dpd 25% hingga 5%.

Jika terbukti duit tersebut mengenyangkan kroni UMNO, buat kerja cari fakta dan bawa mrk ke mahkamah.Itu baru betul!

Kerajaan Negeri Selangor tahan kenaikan tarif, sekat projek baru SYABAS, kos selenggara SYABAS semakin meningkat, Khir terlepas, pekerja SYABAS terseksa, rakyat Selangor pula berdepan dgn krisis air.

Jgn main politik byk sgt smpi soal pentadbiran dan kebajikan rakyat pun mahu diperjudikan!

Ia perlu diselesaikan segera!
Bukan hanya cetus persepsi negatif utk burukkan peribadi org, tp masalah tetap masih tak selesai..