Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, July 27, 2010

BN BUNTU DAN MATI KUTU JIKA PROJEK 'REJECTED'


Ringkas untuk difahami :
1. Projek ini bukan segala-galanya tapi untuk perut serigala BN.
2. Masih banyak alternatif kata Peter Chin dan beliau andaikan kos tinggi.
3. Peter Chin akui di Selangor masih banyak sumber air dari tasik dan sungai.

Projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) akan menemui jalan buntu sekiranya kerajaan negeri Selangor masih enggan memberi persetujuan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

peter chin Beliau berkata, keengganan kerajaan negeri Selangor akan mengakibatkan penduduk bakal berdepan dengan masalah kekurangan bekalan air yang serius.

"Kita minta sangat kerajaan negeri Selangor supaya bersetuju dan memberi kebenaran kerana kerajaan negeri Pahang telah memulakan projek pembinaan terowong untuk proses pemindahan air dari negeri itu ke Selangor.

"Jika pembinaan itu boleh dimulakan sekarang, loji itu boleh siap menjelang 2014 dan proses pemindahan air boleh dilaksanakan dengan lancar," katanya di Putrajaya, hari ini.

Mengulas status terkini Langat 2 yang masih gagal mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor.

Projek yang menelan belanja RM8.65 bilion tersebut telah mendapat persetujuan kerajaan negeri Selangor sewaktu ditadbir oleh Barisan Nasional (BN), namun proses pembangunan seterusnya terbantut selepas kerajaan negeri itu ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Menurut Peter Chin, Langat 2 adalah untuk menampung keperluan air bersih di tiga kawasan iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2025.

Katanya, langkah alternatif untuk menampung bekalan air di tiga kawasan berkenaan selain menerusi projek Langat 2, akan membabitkan kos yang sangat tinggi.

"Ia bukan sesuatu yang mustahil (untuk guna alternatif lain) tapi ia akan membabitkan kos yang sangat tinggi. Kita perlu guna logik untuk tangani hal ini," katanya
.
pahang selangor raw water transfer project 180209Mengulas penggunaan sumber air semula jadi seperti yang dihasratkan oleh kerajaan negeri Selangor, beliau berkata, sumber semula jadi seharusnya tidak diganggu kerana ia boleh digunakan ketika kecemasan.

"Saya tahu ada tasik, ada sungai dan sumber bawah tanah di Selangor untuk menampung permintaan pengguna, tetapi nanti kalau kita berdepan dengan kemarau yang luar biasa atau kecemasan, kita boleh gunakannya," katanya.

Peter Chin berkata, bekalan air yang sentiasa berterusan adalah sangat penting berikutan bahan tersebut digunakan setiap hari dalam pelbagai urusan, termasuk perindustrian yang akan menjana pertumbuhan ekonomi.

"Kita tak boleh hanya bergantung kepada sumber semula jadi kerana jika berlaku kecemasan, kita tidak mungkin akan berjaya mengatasinya.

"Oleh itu langkah bijak adalah dengan membenarkan projek Langat 2 dimulakan agar isu bekalan air tidak akan menjadi masalah semua pihak.

"Apabila air dari Pahang sampai ke Selangor pada tahun 2014, ia harus dirawat untuk kegunaan penduduk.

"Projek ini tidak membabitkan sebarang agenda politik kerana ia adalah keperluan untuk rakyat," katanya sekali gus menafikan dakwaan bahawa Langat 2 adalah usaha kerajaan persekutuan untuk memancing undi daripada rakyat negeri Selangor.

- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

dalam keadaan sekarang perbelanjaan yang memerlukan kos sebanyak 8 billion itu harus ditangguhkan. di selangor terdapat banyak sumber air. apa kurangnya sungai langat dan sungai2 yang lain di negeri selangor. apakah kita telah habiskan air2nya. kita jangan mudah tertipu dengan saranan kerajaan kerana projek tersebut adalah projek kroni mereka. dengan menagguhkan projek ini bukan rakyat rugi malah kroni mereka melopong. fikir2kanlah.......