Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, July 27, 2010

TERBELA SELEPAS 18 TAHUN TANPA SUARA PAKATAN RAKYAT YANG KUAT

Terima Kasih PM…? bersyukurlah kepada Allah wahai yang dapat pelarasan tu, ingatlah doa dan perjuangan Pakatan Rakyat menyebabkan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN terpaksa memberi gaji yang lebih baik selepas tersekat di zaman Pak Lah dan Che Det.

Siapa yang tidak merasa gembira setelah 18 tahun lamannya nasib mereka terbela dan menikmati gaji yang lebih baik.Pagi Jumaat seramai 100 posmen datang menaiki motosikal ke Jabatan Perdana Menteri menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang melibatkan 9,000 posmen di seluruh negara.

Dalam pertemuan ringkas di tempat letak kereta Jabatan Perdana Menteri mereka menyampaikan sebuah kek serta cenderahati berupa potret Najib yang lengkap dengan logo 1Malaysia sempena ulang tahunnya yang ke-57 kepada beliau.

Mereka sama-sama menyanyikan lagu Selamat Harijadi kepada Perdana Menteri sebaik sahaja Najib yang tiba pada kira-kira pukul 8.30 pagi di situ dengan disambut oleh Pengerusi Pos Malaysia Tan Sri Aseh Che Mat.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Datuk Syed Faisal Albar.

April lalu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan penyusunan semula tangga gaji dan elaun posmen serta kerani pos agar selaras dengan penjawat awam lain, berkuatkuasa Julai.

Rais berkata langkah itu berikutan gaji pokok posmen dan kerani pos pada masa ini boleh dikatakan sebagai di bawah paras kemiskinan, dan langkah itu membolehkan lebih 9,000 posmen mendapat kenaikan gaji 11 peratus.- 23/7/2010

No comments: