
TIMBALAN PEDAKWA RAYA WANITA KES LIWAT ANWAR DI GUGURKAN SERTA MERTA – berita hairan
Kredibiliti Saiful menjadi Tong Najis, Sepatutnya diGugurkan sahaja Kes Liwat ini!
Timbalan Pendakwa raya, Farah Azlina Abdul Latif yang terbabit dalam kes liwat Anwar Ibrahim, digugurkan dari pasukan pendakwaan kes itu berkuatkuasa serta merta.
Peguam Negara, Abdul Gani Patail ketika mengumumkannya berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak persepsi negatif masyarakat terhadap pihak pendakwaan.
Dalam laporan sebuah laman web semalam, Peguam Anwar, Sankara Nair mendesak Peguam Negara, memberikan maklum balasnya berhubung dakwaan Raja Petra Kamaruddin iaitu salah seorang timbalan pendakwa raya wanita dikaitkan dengan saksi utama kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
DPP Farah didakwa ‘bercinta’ Saiful digugur dari pasukan pendakwa
Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.
da
Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan tindakan itu ekoran dakwaan bahawa Farah Azlina menjalin hubungan romantik dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes itu.
Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut.
No comments:
Post a Comment