Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, June 2, 2010

Memang Cempedak dah jadi nangka , inilah LEMBABNYA Seorang Doktor !

Di bawah ini adalah tulisan dari Dr Novandri yang mungkin hari ini baru tersedar bahawa UMNO dah tak perkasa walaupun ada Persatuan PERKASA yang memperjuangkan Melayu kunun.Bukan teman nak tempelak beliau, cuma beliau kena realistik dan jangan bodoh sombong. Kita beri contoh pada orang UMNO kalau perjuangkan Melayu kenapa nak bangunkan Kg. Baru di KL yang 100% orang Melayu kena pecahkan 60% Melayu dan 40% Bukan Melayu pulak? Kenapa tak teruskan 100% dibangunkan oleh Syarikat Melayu dan bangunkan untuk 100% projek melibatkan orang-orang Melayu sahaja?

YB Razali Ibrahim digugurkan daripada kabinet ?

Dr Novandri Hasan Basri , seorang UMNO yang tertanya-tanya benarkan ramalan atau tekaan ini.

YB Razali Ibrahim dan Datuk Johari Baharom digugurkan daripada kabinet ?

Itulah berita hari ini di sebuah portal pro-pembangkang. Berita tersebut bertajuk “Najib Pecat 3 Timbalan Menteri UMNO, Ganti Dengan MCA, MIC”.

Berita tersebut ternyata tidak benar dan berunsurkan pembohongan. Penulis tidak tahu daripada penulis di portal ini mendapat bahan cerita tetapi artikel tersebut jelas menunjukkan seorang penulis yang tidak beretika dan tidak bijak untuk memastikan bahan berita beliau itu sahih atau pun tidak.

Seperti yang kita semua ketahui, rombakan kecil di dalam kabinet tidak melibatkan sebarang penguguran di kalangan pemimpin UMNO tetapi lebih kepada mengganti Menteri-menteri lama yang meninggal dunia dan tidak lagi memegang jawatan di dalam parti masing-masing.

Timbalan Menteri juga berpandukan kepada rombakan kepimpinan di dalam parti sayap Barisan Nasional serta beberapa adjustment selepas beberapa pilihanraya kecil.

Apakah artikel ini akan didelete oleh portal pro-pembangkang itu?

No comments: