Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, June 2, 2010

BUKAN OLOK-OLOK ! PM LETAK JAWATAN HARI INI


2 JUN PM Jepun Yukio Hatoyama letak jawatan

Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama meletakkan jawatan hari ini, kurang sembilan bulan selepas mengambil alih tampuk pentadbiran negara.

Hatoyama, 62 yang menamatkan setengah abad penguasaan konservatif di Jepun, hujung Ogos lalu mengumumkan peletakan jawatannya itu dalam sidang khas Parlimen.
Jutawan dan berasal dari keluarga berpengaruh yang menerima jolokan "Keluarga Kennedy Jepun" itu meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Demokratik Jepun (DPJ).
"Saya akan meletakkan jawatan" katanya sambil menitis air mata.

“Pentadbiran kerajaan akan berjalan dan ia tidak memberi kesan terhadap sokongan yang diberikan orang awam," kata Hatoyama, yang hanya akan meninggalkan jawatan itu selepas penggantinya dipilih nanti.

DPJ dijangka mengundi untuk memilih ketua yang baru, Jumaat ini.

Menteri Kewangan, Naoto Kan, yang juga Timbalan Perdana Menteri, disebut-sebut sebagai pengganti Hatoyama.
Spekulasi tersebar beberapa hari lalu bahawa Hatoyama akan berundur selepas menerima tekanan berikutan melakukan hubungan baik dengan Amerika Syarikat khususnya berhubung pertikaian isu pangkalan udara tentera marin Amerika Syarikat di Pulau Okinawa.

Sebelum itu beliau berjanji akan mengalihkan pangkalan itu bagi menamatkan kesulitan penduduk yang mengadu mengenai pencemaran serta kadar jenayah yang tinggi tetapi menukar fikiran selepas itu.

No comments: