Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, June 2, 2010

SUBHANALLAH ! ALLAH MAHA BESAR ! INI KEKUASAAN ALLAH !





APAKAH PENGAJARAN PADA KITA?
Kejadian munculnya lubang besar ini merupakan satu peringatan kepada kita yang hidup di dunia. Dalam bencana yang berlaku di Guatemala baru-baru ini akibat ribut taufan Agatha, sekurang-kurangnya 115 orang mati dan beribu orang lagi cedera. Dari segi sains lubang besar ini adalah hasil dari limpahan air yang banyak di bawah tanah dan mengakibatkan mendakan tanah lalu membentuk sebuah lubang gergasi.
Perlu diingat lubang besar di Guatemala ini bukanlah diada-adakan atau dilakukan secara photoshop. Lubang Guatemala ini juga bukanlah sama dengan lubang besar yang berlaku beberapa tahun lepas. Ini merupakan kejadian yang kedua di mana kedudukan lubang besar Guatemala ini adalah tidak jauh dari lubang lama. Apa yang kita belajar daripada bencana di Guatemala ini, iaitu sebuah negara di Amerika Selatan? Tepuk dada, tanya iman,
Berdoalah banyak-banyak negara Malaysia ini bebas dari bencana alam ataupun dengan kata lain, murka Allah Taala. Marilah kita pulang ke pangkal jalan…dalami Islam yang sebenar, iaitu Islam yang banyak membuka hati dan minda masyarakat jahiliyah suatu ketika dulu.

1 comment:

terokai seni said...

yang hebatnya ia kelihatan seperti ditarah macam perigi