Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 24, 2010

LAWATAN BELAJAR DENGAN BELAJAR BUAT LAWATAN

ADUN Sri Andalas iaitu Dr. A. Xavier Jayakumar hari ini dedahkan dalam blog dia apa yang CEO PNSB Khairiyah Abu Hassan cerita masa inquiry Selcat ke atas syarikat milik kerajaan negeri Selangor tu berkenaan perbelanjaan "Lawatan Sambil Belajar" keluar negara.

1. "Lawatan sambil belajar" ke Jakarta dan Jogjakarta selama 5 hari pada 20-24 April 2003 melibatkan kos keseluruhan RM201,452

Rombongan tu bertujuan nak tengok perusahaan batik di Indonesia yang kononnya sebagai persediaan pembukaan satu kilang Batik di Selangor.

Rombongan tu turut disertai isteri, anak perempuan dan pembantu rumah Dr. Khair.

Kos untuk tambang penerbangan Dr. Khair, isteri, anak dan pembantu rumah - RM37,695

Lain-lain kos untuk ahli rombongan lain - RM37,695

Sewa 2 hari limousine / Mercedes Benz in Jakarta: RM5,800

Sewa 2 hari limousine / Mercedes Benz in Jogjakarta: RM5,800

2. "Lawatan sambil belajar" ke Maghribi dan Paris selama 8 hari pada 17-24 Dis 2004 (termasuk transit 4 hari di Dubai) melibatkan kos keseluruhan RM900,000

Rombongan tu untuk mengkaji senibina Islam untuk diguna pakai di Selangor. Rombogan ni jugak pi ke Parit Disneyland dengan tujuan cari idea untuk taman tema yang nak dubuat di Bagan Lalang Sepang.

Selain dari 'deligasi' PNSB rombongan ni jugak disertai Dr. Khair, isteri, anak dan pembantu rumah dia.

Katanya depa beli tiket masuk taman tema tu tapi tak pulak cuba nak jumpa wakil Disneyland.

Kos rasmi rombongan - RM416,000

Tambang penerbangan - RM366,000

Ground arrangements: RM420,000

City travel: RM70,000

Perbelanjaan lain - RM43,000

3. "Lawatan sambil belajar" ke Honolulu (Hawaii) & Orlando (Florida) selama 9 hari pada 23 Dis 2007 hingga 1 Jan 2008 dengan kos keseluruhan RM646,841 tak termasuk tambahan tunai RM101,000

Katanya tujuan lawatan ni pun untuk 'technical study' untuk Taman Tema Bagan Lalang. Kali ni depa pi melawat Disney World.

Sekali lagi, depa beli tiket masuk taman tema tu tapi tak pulak jumpa wakil Disney World. Sebaliknya depa gunakan pemandu pelancong.

Kos luxury suite untuk Dr. Khair: RM110,000

Kos 6 single superior rooms untuk 'deligasi': RM171,000

Kos 1 twin-sharing room: RM24,800

Rombongan ni jugak disertai oleh Dr. Khair dengan keluarga dia. Khairiyah kata untuk trip ni Dr. Khair dan isteri dia guna penerbangan first class.

Rombongan ni katanya jugak melibatkan lawatan ke Miami Beach, island tours, dinner cruises dan Honolulu city tour.

Betapa mudahnya pemimpin Umno nak pi bercuti ke luar negara. Bagi nama "Lawatan Sambil Belajar" semua kos akan ditanggung oleh Syarikat kepunyaan kerajaan Negeri.-cenangau

Justice4all : Memang UMNO suka perabihkan duit rakyat. Lawatan sambil belajar laki bini ke luar negara. Rakyat nak lawat tempat pelancongan sendiri puntak mampu. Tapi khir toyo laki bini pergi Disney world dan Us dengan penuh nafsu..memang UMNO perompak duit rakyat. Perompak tanpa senjata, yang sampai sekarang tak diheret ke mahkamah..

No comments: