
Sejak bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria dibebaskan dari tuduhan memberi suapan untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan supaya mengundinya untuk pemilihan UMNO dua tahun lalu, ramai kaki UMNO sudah mula meramalkan apakah hala tuju Norza selepas ini dalam skop politik UMNO dan Bahagian.
Norza yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UNNO dikatakan akan kembali mencuba nasib selepas ini.
Malah beliau dikatakan antara calon "favourite" di Wangsa Maju selepas Datuk Shafie Abdullah . "Saya hanya ingin berehat seketika sebelum memikirkan perjalanan seterusnya dalam bidang politik. Sekiranya saya kembali ke kancah politik selepas ini, saya akan lebih berhati - hati agar pisang tidak berbuah dua kali "katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Komen : Norza nak berhati-hati beri rasuah ke?
" Tuduhan sebagai pemimpin UMNO yang disyaki terlibat dalam politk wang nyata telah dibersihkan bukan sahaja oleh Lembaga Disiplin parti tetapi juga mahkamah" katanya lagi.
Ramai yang turut meramalkan Norza yang baru berusia 43 itu akan kembali menjadi salah seorang pemimpin yang menjadi tumpuan di Wilayah Persekutuan selepas ini ketika UMNO WP berada dalam keadaan yang lesu.
No comments:
Post a Comment